awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu

Rohana Wahed
Rohana Wahed
11/11/2018
07:37 MYT
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu. -Gambar hiasan
Seorang pengaturcara sistem yang berasal dari Subang Jaya dicekup polis Sarawak pagi tadi susulan insiden serangan siber ketika proses e-undi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat di Cabang Julau, semalam.
Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.
"Terlebih dahulu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak semalam telah menerima satu laporan polis yang dibuat exco Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, berhubung isu itu.
"Siasatan kemudian dijalankan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan komputer.
"Kesalahan ini jika disabitkan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Menurut Mustafa Kamal Gani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 2.30 petang semalam di Kompleks Sukan Julau Sarawak.
"Pengadu pada waktu itu melihat salah seorang petugas Jawantankuasa Pemilihan Parti JPP yang dikenal pasti sebagai suspek sedang memeriksa tablet satu persatu.
"Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa Sistem e-Undi telah digodam oleh Malware Prey.
"Pengadu mengesyaki suspek dan meminta siasatan dijalankan oleh polis untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.
Turut dirampas satu unit komputer riba, iPad, dua unit iPhone dan lima pendrive.
Suspek kini disiasat di Sibu.
"Sekiranya siasatan dapat diselesaikan terhadapnya, dia akan dibebaskan dengan jaminan polis. Sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, permohonan reman 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Akta Jenayah Komputer 1997
#e-undi
#Mustafa Kamal Gani Abdullah
#Pemilihan Parti Keadilan Rakyat
#pengaturcara sistem
#pengubahsuaian tanpa kuasa
#Rodziah Ismail
#Seksyen 5 1
#Seksyen 5 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan