awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030

Ewon cadang permuafakatan menteri, timbalan menteri Sabah untuk bela rakyat

Bernama
Bernama
10/12/2022
14:19 MYT
Ewon cadang permuafakatan menteri, timbalan menteri Sabah untuk bela rakyat
Ewon berkata kesepakatan itu penting bagi membantu menjayakan wawasan murni Kerajaan Perpaduan terutama berkaitan kepentingan rakyat Sabah. - Gambar fail/Facebook/Ewon Benedick
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini mencadangkan satu permuafakatan antara semua menteri dan timbalan menteri Persekutuan dari Sabah demi membela hak rakyat negeri ini.
Beliau berkata kesepakatan itu penting bagi membantu menjayakan wawasan murni Kerajaan Perpaduan terutama berkaitan kepentingan rakyat Sabah.
"Sebab itu, saya akan mencadangkan kepada rakan saya saudara Armizan (Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) untuk kita buat permuafakatan dan perjumpaan yang konsisten antara dua orang menteri dan tujuh timbalan menteri (dari Sabah).
"Kita akan berbincang bagaimana cara terbaik untuk kita mengangkat hak-hak Sabah dalam pimpinan Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Eco Peak Condominium, di sini hari ini.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata kerjasama antara menteri dan timbalan menteri dari Sabah itu bukan hanya untuk membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini, tetapi lebih penting menuntut hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.
"Saya fikir ini yang wajar dan perlu kita laksanakan. Permuafakatan yang konsisten dan membincangkan hak-hak Sabah, seterusnya sama-sama angkat untuk diambil tindakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Anwar atas pelantikan tujuh timbalan menteri dari Sabah, jumlah yang tidak pernah ada dalam pimpinan kerajaan sebelum ini.
"Walaupun secara peribadi saya ingin melihat lebih banyak pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Sabah, namun apa yang penting ialah pelantikan telah dibuat dan tiba masanya untuk semua yang dilantik bekerja keras untuk rakyat Sabah," katanya.
Semalam, tujuh ahli Parlimen dari Sabah dilantik sebagai timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan, iaitu tiga mewakili Barisan Nasional, dua mewakili Pakatan Harapan, manakala Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan masing-masing diwakili seorang timbalan menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#menteri dan timbalan menteri
#Sabah
#Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.