awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, menghadap Sultan Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/12/2020
09:44 MYT
Faizal Azumu tiba di Istana Kinta, menghadap Sultan Perak
Ahmad Faizal Azumu dititah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas gagal memperoleh sokongan majoriti terhadap kepimpinannya. - Gambar fail
IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki Istana Kinta, di sini sekitar pukul 5.15 petang tadi.
Beliau yang menaiki kenderaan rasmi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki pintu masuk istana tersebut.
Dilihat bersama beliau dalam kenderaan itu adalah Pegawai Khas Kanan beliau, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.
Media difahamkan beliau dititah untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas gagal memperoleh sokongan majoriti terhadap kepimpinannya.
Sebelum itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid dilihat meninggalkan Istana Kinta jam 5.10 petang selepas berada di dalam istana sekitar 30 minit.
Turut dipanggil menghadap adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin yang memasuki istana jam 3.30 petang.
LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar
#krisis politik
#politik perak
#kemelut politik
#Dewan Undangan Negeri
#ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan