KUALA TERENGGANU: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menafikan dakwaan bahawa seorang daripada pegawainya sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan fitnah yang jahat terhadap Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk dirinya sendiri.
"Semua pegawai saya setakat sekarang ini, masih berkhidmat seperti biasa dan tiada siapa pun yang dipanggil SPRM. Perkara ini telah kita sahkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Menteri Bersama Warga KKD Terengganu di Auditorium RTM, di sini, hari ini.
Fahmi berkata beliau sudah meminta setiausaha politiknya untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan itu kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.
"Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan maka tindakan akan diambil," katanya.
Semalam, portal Edisi Siasat menerusi saluran Telegram, mendakwa Fahmi dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Fahmi berkata beliau sudah meminta setiausaha politiknya untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan itu kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas. - Gambar fail
Minda teguh, disiplin tinggi elemen penting dipegang Adli 'Goldenboy' Hafidz
Peninju profesional negara Adli Hafidz Mohd Pauzi merupakan contoh yang baik, bagaimana seorang individu boleh mencapai keseimbangan antara dua kerjaya yang berbeza.
Perobohan Stadium Shah Alam dijangka selesai Mei tahun hadapan
Proses berkenaan berada pada tahap yang baik dengan kadar kemajuan 80 peratus melibatkan kerja-kerja perobohan keseluruhan struktur stadium yang bermula pada awal Julai lepas.
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.
Inisiatif Malaysia galak aktiviti keluarga tarik minat negara luar - Nancy
Kolaborasi antara anggota negara ASEAN bertukar idea dan membangunkan pengetahuan mengenai keluarga memperlihatkan kepentingan kekeluargaan di rantau ini.
AWANI Ringkas: PM lawat Mesir mulai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Ireland umum tarikh pilihan raya umum
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris mengumumkan pada Jumaat bahawa Ireland akan mengadakan pilihan raya umum pada 29 Nov.
Op Favish: Hati-hati menguruskan dana pelaburan
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memberikan keterangan lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Mbappe tidak mahu bermain untuk Perancis lagi
Mbappe sedang mempertimbangkan keputusan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan Perancis, menurut laporan beberapa media di Eropah.
Dua beranak maut akibat tikaman di dada dan perut
Polis mengesahkan kematian dua beranak, Siti Zulaila Zulkifli dan bapanya, Zulkifli Ibrahim dalam kejadian di pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam berpunca akibat luka tikaman pada dada dan perut, hasil proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami keluar dari SPRM ditemani pegawai penyiasat
Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini jam 4.23 petang pada Rabu.
Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak
Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan senarai nama penerima zakat tidak layak kepada sebuah badan kebajikan swasta April lepas, direman enam hari.
Isu FashionValet: Vivy, suami tiba di SPRM Putrajaya, beri keterangan hari kedua
Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar akhirnya muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya jam 12.54 tengah hari pada Rabu.