1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 185 NGO mengikuti rapat perkembangan berkaitan proses pemilihan Perdana Menteri yang sedang dilakukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

2. Kami meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi di atas kebijaksanaan YDPA melaksanakan tanggungjawab dan peranan Baginda sebagai memenuhi prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi payung rakyat dan negara.

3. Kami menyakini YDPA telah mempunyai jawapan yang jelas dan kukuh terhadap kemelut yang berlaku bagi melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

4. UMMAH bersama 185 NGO dan NGI, menegaskan agar semua pihak akur dengan keputusan yang dibuat nanti dan jangan ada lagi pihak yang masih mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri.

5. Kami menegaskan bahawa kerajaan yang akan dibentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang berintegriti, telus dan beramanah serta berjalan di atas amalan 'rule of law'.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9

6. Kami juga menegaskan bahawa perlantikan jemaah menteri seharusnya individu yang bersih dan bebas daripada kes mahkamah dan siasatan SPRM dan PDRM.

7. Kerajaan yang akan ditubuhkan nanti semestinya fokus dengan menumpukan kepada menanggani pandemik COVID-19, pelan vaksinasi kebangsaan dan pelan pemerkasaan ekonomi negara.

8. Kerajaan juga wajar meneruskan kesinambungan dasar-dasar kerajaan terdahulu yang baik dan bermanfaat kepada rakyat dan mengutamakan kestabilan politik, memupuk perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat mestilah dilaksanakan.

9. Kerajaan yang dibentuk juga semestinya melaksanakan prinsip pengasingan kuasa, kebebasan badan kehakiman, konsep Raja Berperlembagaan dan menyuburkan amalan demokrasi berparlimen.

10. UMMAH dan 185 NGO berharap selepas ini tidak timbul lagi perangai ahli politik yang masih berpolitiking mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri dan tidak lagi menganggu gugat ketenteraman negara dengan pelbagai fitnah yang sebarkan.

11. Hentikan permainan politik, tumpukan usaha menyelamatkan rakyat dan negara.

 
Sumber Facebook ummah.official



- Mohd Zai Mustafa, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)