KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, ini bukan masa untuk berpolitik sebaliknya menumpukan usaha menangani krisis pandemik COVID-19.
"Pendirian kami (GPS) ialah menyokong Kerajaan PN dan Perdana Menteri (Muhyiddin).
"Kedua, ini masa untuk kita membangunkan negara dan bukan masa untuk berpolitik. Semua ahli parlimen perlu bersatu untuk memacu negara keluar dari krisis ini (COVID-19)," katanya.
Sementara itu, Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu.
Tegasnya, sokongan kepada Perdana Menteri itu sangat jelas untuk mengukuhkan kestabilan negara dalam menangani pandemik COVID-19 termasuk memastikan kebajikan rakyat secara keseluruhan diutamakan khasnya dalam program vaksinasi.
"Kita akur kepada apa yang diputuskan oleh kepimpinan parti kita, apa yang diputuskan oleh Ketua Menteri dan kita pastikan yang lebih penting sekarang ini ialah politik negara berada dalam keadaan stabil.
"Jika politik tidak stabil bagaimana kita nak selesaikan masalah yang dihadapi oleh negara seperti pandemik COVID-19 dan ekonomi," katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Jul 10 2021

Abang Johari (tengah) menyatakan pendirian GPS itu pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di Kuching pada Sabtu.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan disaran wujudkan geran promosi pengiklanan
Kerajaan disaran mewujudkan geran pengiklanan bagi tujuan pemasaran barangan dan perkhidmatan pelancongan. Ia merupakan salah satu langkah dalam meperkasa sektor pelancongan negara menerusi strategi pemasaran yang terurus dan berkualiti.

Enggan berdamai, Puteri Sarah tekad bercerai
Puteri Sarah yang mengakui penat dengan kemelut yang melanda rumah tangganya tetap dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai.

Pengerusi masjid Palembang meninggal dunia ketika sedang sujud solat tarawih
Seorang pengerusi masjid di Palembang dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan sedang sujud semasa menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan tahun ini.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan kepada rakyat
Setiap kali menjelang Ramadan, Raja Permaisuri Agong pastinya tidak ketinggalan menyinsing lengan baju menyediakan juadah bubur lambuk Pahang untuk diagihkan kepada rakyat.

'Kami tidak akan tarik diri hingga projek ini selesai' - Sharnaaz respons isu Syamsul-Aaron
Sharnaaz berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.

Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS
Semua kenderaan perdagangan Sabah dan WP Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat GPS.

PM yakin Kerajaan Perpaduan mampu bertahan hingga tamat penggal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan Perpaduan pimpinannya akan bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran.

Dakwa GPS gagal tadbir Sarawak, Chong Chieng Jen digesa mohon maaf
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata beliau kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Sarawak itu.

GPS pertahan kebebasan beragama, tolak ekstremisme - Abang Jo
Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memelihara kebebasan beragama dan menolak unsur ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum serta agama di negeri ini.

Permuafakatan: GPS berhak tarik sokongan jika hak Sarawak dicabar - Fazzrudin
Perjanjian Persefahaman hanya berfungsi untuk memeterai pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal.

GPS sokong cadangan etnik minoriti dilantik jawatan Timbalan Menteri - Alexander Nanta
Pengalaman luas barisan pemimpin ini perlu dilihat sebagai pertimbangan untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander
'Saya adalah minister for all, not just for Sarawakians'

Pembentukan Kabinet: Abang Johari beri bayangan empat MP GPS dilantik jawatan menteri penuh
GPS memberi bayangan empat wakil rakyat gabungan itu dilantik jawatan menteri penuh.

Hubungan Kerajaan Pusat dan Sarawak diperkukuh di bawah Kerajaan Perpaduan
Hubungan antara Kerajaan Pusat dan Sarawak akan lebih akrab serta diperkukuh dalam perancangan melakar sebuah negara yang baik dan berketrampilan

PM ke-10: Pemilihan calon TPM, menteri perlu keputusan kolektif semua parti dalam GPS
Pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan memerlukan keputusan kolektif antara semua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).