awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS yang selamatkan Sabah - Armizan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/12/2023
07:45 MYT
GRS yang selamatkan Sabah - Armizan
Armizan (tengah) ketika ditemui pemberita di SICC Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Slogan yang dilaungkan Parti Warisan (Warisan) mengenai 'Selamatkan Sabah, sejahterakan rakyat' hanya sekadar retorik dalam politik untuk 'dihidangkan' kepada rakyat.
Ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menjadi hak Warisan untuk membawa pelbagai tema perjuangan dan agenda parti mereka.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, bagi GRS yang penting rakyat kini sudah semakin matang dan lebih melihat kepada hasilnya berbanding retorik semata-mata.
"Kalau mahu sebutkan selamatkan Sabah, saya bagi contoh sebenarnya GRS yang selamatkan Sabah daripada hanya menerima RM53 juta pemberian khas dipersetujui oleh kerajaan Warisan melalui surat Oktober 2019 kepada kerajaan Persekutuan.
"Bila GRS ambil alih, kerajaan secara terus melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tulis surat untuk batalkan persetujuan kerajaan negeri dan tuntut jumlah lebih besar.
"Kita berjaya mendapat RM125 juta pada tahun 2022 dan 2023 ini ditingkatkan kepada RM300 juta. Jadi mana yang selamatkan Sabah, RM53 juta, RM125 juta atau RM300 juta," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sabah Street Fashion Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung slogan yang dilaungkan Warisan dalam Perhimpunan Agung parti itu pada Khamis lalu.
Tambah Armizan lagi, tidak pernah ada dalam sejarah kerajaan Sabah mempunyai program khas menyediakan rumah kepada rakyat namun ia telahpun dilaksanakan GRS sejak tahun lalu.
"Kerajaan GRS pada tahun 2022 memperkenalkan rumah mesra SMJ sebanyak 20 unit untuk satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), tahun depan kerajaan GRS-Pakatan Harapan (PH) Sabah akan teruskan program itu.
"Semasa kerajaan Warisan tidak ada program bagi rumah kepada rakyat, hanya bergantung kepada kerajaan Persekutuan. Jadi siapa sejahterakan rakyat, Warisan atau GRS," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#slogan parti Warisan
#Armizan Mohd Ali
#selamatkan Sabah
#GRS
#retorik politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan