awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2020
04:22 MYT
Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu
Dr Afif berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat bagi membolehkan beliau berkhidmat dengan baik melalui kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional. - Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin kini meneruskan kerjaya politiknyanya dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Portal The Malaysian Insight melaporkan, Dr Afif membuat keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas tiga bulan dikenakan tindakan gantung sementara dari parti.
Selepas Pakatan Harapan tumbang diperingkat pusat, Dr Afif kemudiannya meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Pulau Pinang.
Tidak lama selepas itu, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan Dr Afif bukan lagi wakil rakyat anggota kerajaan.
“Kerajaan Pakatan Harapan letak saya sebagai pembangkang. Saya akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu dalam sidang DUN Pulau Pinang,” katanya.
Dr Afif dilaporkan sebagai berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat bagi membolehkan beliau berkhidmat dengan baik melalui kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baharu, Afif berkata, fokus pada ketika ini adalah mengukuhkan PN.
"Isu penubuhan parti baharu tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting ialah kerajaan dapat melayani rakyat dengan lebih baik," katanya.
Dr Afif juga dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu bagi memaklumkan penyertaan beliau.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Bersatu
#Dr Afif Bahardin
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan