awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi tekad bentang pindaan RUU 355 dalam sesi parlimen kali ini

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
31/03/2017
08:28 MYT
Hadi tekad bentang pindaan RUU 355 dalam sesi parlimen kali ini
Abdul Hadi melahirkan rasa syukur dengan keputusan UMNO yang tidak menentang usaha PAS untuk membentangkan pindaan RUU 355. - Gambar fail
PAS akan meneruskan pembentangan pindaan RUU 355 pada sesi parlimen kali ini yang kekal sebagai rang undang-undang persendirian tanpa menyalahkan mana mana pihak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355.
“(Pembentangan ) Ini kewajipan, kewajipan bersama seperti masjid. Kerajaan benarkan untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja apa, itu kerja agama, ini urusan agama bukan urusan tipu menipu tidak ada. Maknanya, ..apa saja halangan, PAS akan hadapi.
“Kita hadapi halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalang InsyaAllah,” katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rhusila, Marang hari ini.
Menurut Abdul Hadi, RUU 355 akan dibentangkan mengikut Peraturan Dewan Rakyat dan akan dibawakan oleh beliau sendiri.
Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355.
Keputusan itu selaras dengan amalan BN yang membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.
Pada masa yang sama, Abdul Hadi melahirkan rasa syukur dengan keputusan UMNO yang tidak menentang usaha PAS untuk membentangkan pindaan RUU 355.
Pada masa sama, Hadi meminta semua pihak mematuhi Perlembagaan negara dan mengenepikan ideologi politik berhubung isu itu.
Hadi berkata, walaupun PAS berulang kali menegaskan bahawa pindaan RUU 355 khusus bagi yang beragama Islam sahaja, namun ia masih menjadi pertikaian dan perbahasan hangat.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#ahmad zahid
#hudud
#Najib Razak
#Presiden Pas
#rang undang-undang persendirian
#RUU355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan