awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji bertemu presiden parti-parti komponen GRS, tegaskan semuanya baik

Bernama
Bernama
07/05/2025
14:54 MYT
Hajiji bertemu presiden parti-parti komponen GRS, tegaskan semuanya baik
Dalam pertemuan selama tiga jam itu, Ketua Menteri Sabah mengadakan perbincangan yang disifatkannya sebagai mesra dan membina. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan semuanya dalam keadaan baik bagi gabungan itu, susulan satu pertemuan yang produktif bersama semua presiden parti komponen GRS hari ini.
Pertemuan selama tiga jam yang diadakan di Sri Gaya di sini menyaksikan Ketua Menteri Sabah itu mengadakan perbincangan yang disifatkannya sebagai mesra dan membina bersama pemimpin-pemimpin parti, yang secara kolektif menyatakan komitmen mereka terhadap GRS.
Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata kepimpinan gabungan itu sebulat suara menyatakan iltizam untuk memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya negeri akan datang.
"Saya menghargai pandangan dan pendapat mereka. Kesemua mereka merupakan pemimpin politik yang matang dan memahami pentingnya GRS sebagai satu gabungan yang bersatu menjelang pilihan raya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mesyuarat itu dihadiri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Turut hadir Presiden Parti Cinta Sabah Tan Sri Anifah Aman, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin dan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Tan Sri Liew Yun Fah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Hajiji Noor
#presiden parti komponen
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan