POLITIK
Hajiji sahkan GRS-PH sebagai pakatan Pilihan Raya Negeri Sabah

Hajiji menegaskan pakatan pilihan raya antara GRS dan PH itu juga dipersetujui rakan komponen dalam GRS. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan akan menjadi pakatan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 nanti.
Ringkasan AI
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk pakatan pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, seperti yang disahkan oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
- Kerjasama ini dipersetujui oleh komponen GRS dan dianggap sebagai formula ideal yang telah membantu memacu kemajuan negeri serta mengekalkan kestabilan politik sejak cubaan menjatuhkan kerajaan melalui Langkah Kinabalu pada Januari 2023.
- Selain GRS dan PH, Barisan Nasional (BN) turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah, termasuk dalam hal pembahagian kerusi, seperti diumumkan pada Mei lalu.
"(Komponen setuju) Setuju.. GRS kita akan meneruskan kerjasama GRS dan PH seperti yang ada ketika ini.
"Ada beberapa perkara perlu dibincangkan (dengan PH) sementara GRS dan PH adalah pakatan pilihan raya nanti," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden sempena Persidangan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
Pada ucapannya, Hajiji menambah formula Kerjasama antara GRS dan PH adalah ideal hingga terbukti membantu memacu kemajuan kepada negeri Sabah.
Malah, beliau turut berterima kasih dengan para pemimpin PH yang memberi sokongan kepada GRS untuk terus mentadbir ketika ada cubaan menjatuhkan kerajaan melalui Langkah Kinabalu pada Januari 2023.
"GRS mendapat sokongan pada daripada PH hingga dapat meneruskan pentadbiran kerajaan negeri ke hari ini. Semenjak itu, Kerjasama padu GRS dan PH membawa kestabilan dan ini akan terus kita kekalkan sebagai kerjasama yang tulen.
"Kita yakin bahawa kerjasama ini membawa kebaikan dan manfaat kepada negeri Sabah," katanya.
Pada Mei lalu, Barisan Nasional (BN) dan PH mengumumkan akan bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan bersama menjelaskan kerjasama itu termasuk hal pembahagian kerusi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami