KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor hari ini mengumumkan rombakan Pembantu Menteri negeri yang menyaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini, hari ini.
Hajiji berkata Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan akan menjalankan peranan sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.
Beliau berkata ADUN Inanam Peto Gadim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan manakala ADUN Likas (DAP) sebagai Pembantu Menteri Kewangan.
"Pelantikan itu juga bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk James Ratib, bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang kini Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat negeri dan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan.
"Pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk menyatukan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Hajiji berkata empat pembantu menteri bertukar porfolio iaitu Datuk Seri Dr Ruddy Awah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; Datuk Fairuz Renddan (GRS) sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan; Datuk Harun Durabi daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Andi Suryady Bandy (BN) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Industri.
"Saya ingin menekankan kepentingan kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya untuk berfungsi sebagai satu pasukan padu yang berkongsi aspirasi sama dibina atas saling percaya dan hormat. Kami memerlukan pasukan yang kuat untuk memacu momentum pembangunan dan memenuhi janji pilihan raya kami untuk rakyat dan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Menurut Hajiji, pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk menyatukan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri Sabah. - Fail/BERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).