awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haniza Talha diumum Ketua Wanita PKR

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/11/2018
10:36 MYT
Haniza Talha diumum Ketua Wanita PKR
Haniza Mohamed Talha menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Haniza Mohd Talha diumum sebagai Ketua Wanita PKR yang baharu menggantikan Zuraida Kamaruddin.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Ismail Yusop sebentar tadi.
Selain itu turut diumum, ialah Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi selain Faizah Ariffin, Sanjetha Jayakumar dan S. Wasanthee sebagai Naib Ketua Wanita PKR.
Pada majlis sama, Ismail turut mengumumkan 20 lagi Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR untuk penggal 2018-2021.
Sementara itu, Haniza berkata, PRK Rantau akan menjadi medan untuk Wanita PKR meletakkan calon dan peluang menjadi sebahagian dari wakil pemimpin yang membuat keputusan.
Katanya, ia sekali gus membuktikan kemampuan wanita di negeri yang baru diambil alih Pakatan Harapan (PH).
"Kita memang setuju, memang hendak letakkan calon wanita, kita akan senarai pendek. Kita ada rujukan untuk calon wanita namun tidak akan mendedahkan namanya.
"Itu pilihan sayap wanita dan memberi peluang wanita membuat keputusan dari negeri yang baru kita ambil alih," katanya semasa sidang media pertama selepas diumum menjadi Ketua Wanita PKR di sini, hari ini.
Terdahulu, bekas Ketua Wanita Pusat PKR, Zuraida Kamarudin mahu PKR meletakkan calon wanita pada PRK Rantau.
Jelasnya, dua nama akan dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Topic Berkaitan
#Haniza Mohd Talha
#Ismail Yusop
#Ketua Wanita PKR
#pemilihan
#Pemilihan Pusat PKR
#PKR
#wanita
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan