awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kebetulan Bajet 2023 diumum menjelang PRU15 - Mahdzir

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/10/2022
10:31 MYT
Hanya kebetulan Bajet 2023 diumum menjelang PRU15 - Mahdzir
Mahdzir menafikan Bajet 2023 adalah manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU15. - Foto Astro AWANI
PADANG TERAP: Bajet 2023 yang dibentangkan semalam hanya secara kebetulan diumumkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Walaupun terdapat sebahagian yang mengatakan Bajet 2023 adalah sama seperti manifesto Barisan Nasional (BN), Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikannya.
"Jadi kebetulan kali ini dia datang serentak. Maknanya ada penerimaan, orang boleh terima. Sebahagian (Bajet 2023) itu memang dah ada dah.
“Sebahagian daripada yang diumumkan memang daripada manifesto dalam parti, saya ingat yang amat berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan beberapa perkara yang ada sebelum ini di event dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saya ingat ada dia ada umum juga satu dua item ada dalam bajet 2023 ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Terap, hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai Bajet 2023 yang disifatkan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU15.
Kerajaan me­ngumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah dengan pel­bagai insentif dan bantuan untuk hampir setiap lapisan ma­syarakat selain mempertahankan ekonomi ketika dunia berdepan kelembapan dan negara akan mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi.
Bajet 2023 menyaksikan Put­rajaya memperuntukkan RM372 bilion atau RM40 bilion lebih tinggi berbanding RM332.1 bi­lion yang diperuntukkan tahun lalu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi yang dijangka menyederhana tahun hadapan.
Perbelanjaan Mengurus kerajaan termasuk gaji kakitangan awam, pembayaran hutang, sub­sidi, bantuan dan operasi mem­perkasa jentera kerajaan mencapai RM272 bilion berbanding RM233 bilion tahun ini.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Bajet 2023
#PRU15
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan