“Hanya orang yang jiwanya bersalah menyebut soal pemecatan.”
Demikian kata-kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail apabila mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang menyatakan kesediaan beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk dipecat.
Saifuddin menganggap kenyataan Zuraida itu sebagai pengakuan bersalah (admission of guilt) dan mereka sudah melakukan kesalahan serta melanggar disiplin parti sehingga bercakap mengenai soal pemecatan.
"Orang yang tahu bahawa apa yang dilakukannya itu melanggar disiplin parti, orang itu sendiri yang akan keluar daripada mulutnya bahawa dia bersedia untuk dipecat.
“Itu adalah sebagai satu pengakuan bersalah (admission of guilt) bagi saya,” kata Saifuddin kepada pemberita selepas pelancaran laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada Ahad, Zuraida dalam ucapan penggulungan Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menjelaskan beliau dan Azmin bersedia dipecat jika tindakan mereka mengkritik parti pada malam tersebut dikira sebagai pengkhianat.
Sebaliknya jelas Zuraida, pentas malam berkenaan adalah untuk membawa parti ke landasan yang betul.
Dalam perkembangan yang sama, apabila ditanya sama ada sebarang tindakan disiplin akan diambil, Saifuddin berkata, Presiden PKR Anwar Ibrahim, masih sedia untuk duduk dan berbincang.
“Dari segi ‘mood’ perwakilan kongres, kami tidak boleh menerima mana-mana pemimpin yang tidak mematuhi disiplin organisasi termasuk bab hadir ke mesyuarat.
“Dari sudut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau masih terbuka untuk berdamai dan duduk berbincang,” katanya.
Isabelle Leong
Mon Dec 09 2019
Orang yang tahu bahawa apa yang dilakukannya itu melanggar disiplin parti, orang itu sendiri yang akan keluar daripada mulutnya bahawa dia bersedia untuk dipecat,kata Saifuddin Nasution. - Gambar BERNAMA
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rakyat Malaysia belanjakan 70 peratus pendapatan untuk tiga komponen ini
Laporan Malaysia Economic Monitor oleh Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia mengesahkan tiga komponen utama tersebut juga menyumbang kepada bebanan kos sara hidup rakyat.
Hanya orang rasa bersalah sebut soal pemecatan - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail anggap kenyataan Zuraida Kamaruddin sebagai pengakuan bersalah dan mereka sudah melakukan kesalahan serta melanggar disiplin parti.