awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasutan 'Perang Pas-UMNO': 'Baca kenyataan terbaharu saya!' - Guan Eng

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/03/2019
06:17 MYT
Hasutan 'Perang Pas-UMNO': 'Baca kenyataan terbaharu saya!'  - Guan Eng
Selain dari isu hasutan berkenaan, Guan Eng turut mempersoalkan kenapa MCA membisu apabila Pas atau UMNO bertindak menyerang mereka kerana peruntukkan yang diluluskan kepada sekolah Cina.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini enggan mengulas lanjut kenyataan berbaur hasutan yang didakwa dikeluar oleh Menteri Kewangan itu seperti mana disiarkan sebuah portal berita atas talian, pada Rabu.
Artikel asal yang diterbitkan sebuah portal tempatan semalam bertajuk “Kerjasama Pas-UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu” diganti menjadi “Lim beri amaran UMNO-Pas akan mensasarkan bukan Melayu” – sehingga menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN).
Menurut nota editor portal tersebut, Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membetulkan kenyataan awalnya yang menggunakan perkataan “perang terhadap bukan Melayu”.
“Baca kenyataan terbaharu saya. Saya rasa saudari tidak baca kenyataan terbaharu,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Dana Transformasi Pendigitalan di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, sesetengah media tempatan melaporkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng susulan kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, "ia bukan perkara yang menghairankan kerana kita parti lawan tentulah mereka minta tindakan diambil ke atas parti lawan.
“Untuk kawan-kawan baharu (MCA) seperti UMNO-Pas, mereka tidak akan berbuat demikian.”
Beliau juga turut mempersoalkan kenapa MCA membisu apabila Pas atau UMNO bertindak menyerang mereka kerana peruntukkan yang diluluskan kepada sekolah Cina.
“Atau mengapa UMNO atau Pas berdiam diri apabila MCA baru-baru ini menyerang saya habis-habisan apabila saya beri peruntukan kepada sekolah agama.
“Itu sahaja saya hendak cakap,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#Lim Guan Eng
#Malaysia Baharu
#Malaysiakini
#MCA
#Menteri Kewangan
#MIC
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan