KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat terus bermain berpolitik meskipun negara dalam pelaksanaan Proklamasi Darurat.
Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, niat untuk merampas kuasa masih diteruskan Ahli Parlimen Port Dickson itu berbanding menumpukan usaha membantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.
Dengan tindakan itu, beliau mempersoalkan adakah Anwar sudah lupa akan agenda rakyat, hanya kerana mengejar jawatan?
"Selepas mengaku mendapat sokongan yang 'formidable and convincing' untuk kesekian kalinya, kali ini nak (ingin) bawa kerajaan ke mahkamah pula.
"Rakyat sepatutnya boleh lega kerana dalam tempoh darurat, orang politik sepatutnya kurangkan politik (dan) boleh tumpu usaha bantu rakyat yang dilanda banjir dan COVID-19.
"Tetapi ini masih tidak habis-habis nak rampas kuasa. How detached from reality can one be? Sudah terlupa agenda rakyat sebab mengejar jawatan," katanya dalam satu hantaran di akaun Facebooknya di sini, pada Ahad.
BACA: Anwar akan cabar proklamasi darurat di mahkamah
Terdahulu Anwar menyifatkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seolah-olah tidak mampu memberi sebarang keyakinan, apatah lagi menjanjikan masa depan yang lebih baik, ketika negara masih bergelut mengekang pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Wan Saiful turut menasihatkan Anwar agar tidak menuduh pihak lain demi membersihkan nama sendiri.
"Menuduh bahawa Muhyiddin mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad, sedangkan semasa (dalam) Pakatan Harapan (PH), yang mengkhianati Dr Mahathir ialah dia sendiri yang tak habis-habis menggerakkan pendewa-pendewanya suruh Dr Mahathir meletak jawatan.
"Dulu di depan dia (Anwar) kata sokong Dr Mahathir, tapi di luar aktif menggerakkan jentera untuk mengkhianati Dr Mahathir.
"Jangan nak bersihkan nama sendiri dengan cara tuduh Perdana Menteri pula. Kata dulang paku serpih," bidas Wan Saiful lagi.
Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan PN terus beristiqamah dalam memfokuskan keperluan rakyat secara menyeluruh.
"Menuduh pula bahawa kerajaan tidak ada rancangan yang jelas. Kalau ada pandangan yang lebih baik, cuba sebut apa cadangan itu. Bukan bermain cakap kosong saja.
"Walaupun setiap hari diganggu dengan suara sumbang sebegini, Muhyiddin tetap dengan fokus beliau untuk rakyat.
"Cadangan yang lebih baik satu pun tidak ada, tetapi belum habis dengan cita-cita peribadi," ujar beliau lagi.
Fauzi Suhaimi
Sun Jan 17 2021
Wan Saiful berkata, niat Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19. - Gambar BERNAMA
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar
Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh menerusi MITI bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.