KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Persidangan Khas Dewan Rakyat untuk menentukan jika benar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti menerusi usul undi percaya.
Jika tidak, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai cara Baginda sendiri termasuk melantik Perdana Menteri Interim.
Perkara itu boleh berlaku jika pada hemat Baginda tiada mana-mana wakil rakyat yang memiliki sokongan majoriti.
"Kalau pun tidak dipanggil Sidang Dewan Rakyat secara tergempar, mungkin dalam suasana yang lebih kondusif Yang di-Pertuan Agong sendiri menentukan sama ada (Perdana Menteri) telah hilang majoriti atau tidak dengan memanggil 220 ahli Dewan Rakyat.
“Jika tiada seorang yang mempunyai majoriti, maka Agong ada kuasa prerogatif untuk melantik kerajaan sementara iaitu melantik PM Interim, seperti yang berlaku pada Februari 2020," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.
Selain melantik Perdana Menteri Interim, Nik Ahmad Kamal berkata pilihan yang boleh dibuat adalah mengusahakan pembentukan Kerajaan Perpaduan, dan melantik Perdana Menteri yang telah dipersetujui sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau lagi, apa yang berlaku ketika ini boleh disifatkan sebagai spekulasi selagi mana tiada bukti konkrit dan objektif bahawa Perdana Menteri telah hilang majoriti.
BACA: Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
“Maksud saya, atas kertas mungkin nampak telah hilang majoriti tetapi keadaan politik sekarang yang amat fluid (berubah-ubah) memaparkan kemungkinan demi kemungkinan.
“Hari ini mungkin nampak Tan Sri Muhyiddin hilang majoriti, tetapi beliau masih boleh lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tunjukkan bahawa beliau masih lagi ada majoriti.
“Jadi, selagi tiada sesuatu yang konkrit maka pada asasnya beliau masih lagi Perdana Menteri hari ini,” ujarnya.
Ketika ini Muhyiddin dikatakan memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 10 2021

Nik Ahmad Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai cara Baginda sendiri termasuk melantik Perdana Menteri Interim - Gambar BERNAMA

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beri peluang Muhyiddin tadbir negara tanpa tekanan politik - PAMJ
Rakyat perlu memberi ruang dan peluang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mentadbir negara, tanpa tekanan politik.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Syarikat pengeluar kertas, ND Paper tambah pelaburan RM5.4 bilion di Malaysia
Pelaburan ini akan menjana 2,180 peluang pekerjaan dengan hampir 90 peratus adalah rakyat tempatan - PM

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

PN, BN 'berpecah', peluang cerah buat PH kembali ke Putrajaya - Guan Eng
Setiausaha Agung DAP itu yakin rakyat mula sedar sumbangan Pakatan Harapan semasa mentadbir negara.

Larry Sng buat keputusan tepat sokong Muhyiddin. - Naib Presiden PBB
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan Larry Sng menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu keputusan tepat

Kepimpinan Muhyiddin sepatutnya diteladani orang bawahan - Penganalisis politik
Sepatutnya corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin menjadi ikutan orang-orang di bawahnya, membantu mengekalkan standard kerajaan PN.