awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
Anak Kim Jong Un kunjungi pusara keluarga, cetus spekulasi pewaris kuasa Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan UMNO - PAS satu 'amaran' orang Melayu untuk Pakatan Harapan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/09/2019
08:24 MYT
Himpunan UMNO - PAS satu 'amaran' orang Melayu untuk Pakatan Harapan
Jka isu Melayu dan Islam gagal ditangani dengan baik, PRU15 akan jadi pengakhiran untuk pemerintahan PH - Penganalisis
Puluhan ribu hadirin yang menyertai Himpunan Penyatuan Ummah anjuran PAS dan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, merupakan satu mesej yang cukup jelas untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera menangani kegelisahan masyarakat Melayu Islam negara ini.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, jika ia gagal ditangani dengan baik, dan PH masih terus berada dalam kepompong selesa, Pilihan Raya Umum akan datang akan jadi pengakhiran untuk pemerintahan mereka.
“Mereka (PH) tak boleh dalam keadaan merasakan kemenangan itu terus dimiliki mereka. Perlu ditangani mereka isu isu melibatkan, orang Melayu, orang Islam, dengan kadar segera,
“Masyarakat khususnya anak muda mahu isu ini cepat diselesaikan. Ini kerana kita dikelilingi media sosial, ramai orang menggunakan Facebook dan Twitter, maka kerajaan PH sukar untuk menangani isu isu perkauman dengan kadar cepat,” katanya ketika dihubungi Astro WANI pada Ahad.
BACA: Kerjasama politik Pas-UMNO akan diperincikan - Ahmad Zahid
BACA: Gabungan UMNO dan Pas tak akan dapat kuasai Malaysia - Mat Sabu
BACA: Piagam Muafakat Nasional ibarat Rukun Negara - Khalid Samad
Dalam pada itu, Mohammad Tawfiq berkata, PAS dan UMNO pula harus belajar dari sejarah silam untuk memastikan gabungan ini lebih berjaya berbanding yang terdahulu.
“UMNO dan PAS perlu melihat sejarah lama. Jangan nak tadbir negara tapi pembahagian kerusi pun bermasalah, Itu perlu segera (diselesaikan) kerana kita tak tahu bila waktu untuk diadakan PRU15, mungkin minggu depan tahun depan.
“Belajar bagaimana nak pimpin, misalnya elemen Melayu dalam UMNO, Islam dalam PAS. Paling penting pemimpin kedua-dua parti perlu terima dengan jiwa besar, kukuhkan pertemuan sebagai satu kesamaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Bersatu
#DAP
#Himpunan Penyatuan Ummah
#HPU914
#Islam
#kerajaan Persekutuan
#Malaysia
#Melayu
#Pakatan Harapan
#PAS
#PKR
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan