awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/07/2017
05:57 MYT
Husam sedia jadi MB, Pas tahu akan hilang Kelantan
HUSAM: Kalau ada orang lain yang lebih layak, saya akan beri kepada orang itu. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menerima cadangan sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang dibuat Veteran DAP, Lim Kit Siang pada 30 Jun lalu.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata ia penting sebagai merangka strategik Pakatan Harapan untuk menawan Kelantan daripada Pas.
Bagaimanapun, Husam yang tidak mahu membelakangi parti mahu cadangan itu dipersetujui komponen Pakatan Harapan dan sedia melepaskannya jika ada calon yang lebih layak.
"Buat sementara ini, saya terima saya punya nama sementara bagi tujuan-tujuan yang saya sebutkan bagi rakyat Kelantan nampak apa latar belakang mereka dan supaya parti-parti di dalam Pakatan Harapan boleh bersatu teguh.
"Subjek dan syaratnya perkara ini diterima oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan. Kalau parti tolak, tak jadi lah. Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan terima buat sementara, boleh la saya terima bagi tujuan strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan.
"Kalau ada orang lain yang lebih layak, saya akan beri kepada orang itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat Amanah, di sini hari ini.
Beliau pada masa sama teruja dengan kritikan keras daripada Pas berhubung isu tersebut yang seolah-olah tahu akan kehilangan negeri Kelantan.
"Cadangan ini dikritik hebat oleh Pas khususnya. Saya rasa teruja seolah-olah Pas memang akan hilang kerajaan. Jadi kalau dia tak hilang Kerajaan (Kelantan), kenapa hendak bahas Menteri Besar orang lain (Pakatan Harapan)," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#DAP
#Husam Musa
#kerajaan
#Lim Kit Siang
#Media
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#presiden
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan