awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ibu mana sanggup tengok dua beradik bertelagah' - Pengurus kempen Nik Omar

Marlina Manaf
Marlina Manaf
30/04/2018
15:12 MYT
'Ibu mana sanggup tengok dua beradik bertelagah' - Pengurus kempen Nik Omar
Kemelut politik di antara dua adik beradik ini semakin dirasai. - Gambar fail
'IBU mana yang sanggup nak tengok dua beradik bertelagah.'
Itu reaksi Zaidi Ab Halim, pengurus kempen calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Aziz.
Hakikatnya, kempen Pilihan Raya ke-14 (PRU14) baru masuk hari kedua.
Namun, perselisihan dua anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, mula panas.
Sehubungan itu, jelas Zaidi, Nik Omar tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana enggan perbezaan politik antara dia dan Nik Abduh untuk mengeruhkan keadaan dalam keluarga Allahyarham Nik Aziz.
BACA: Hadi Awang samakan anak pemimpin Pas keluar parti seperti anak Nabi Nuh
Zaidi turut mempersoal tindakan adik Nik Omar, Nik Abduh melibatkan ibu mereka dalam kemelut politik mereka.
Nik Abduh dalam kenyataan menerusi Facebook mendakwa Tuan Sabariah sukar terima keputusan abangnya bertanding sebagai calon (Amanah).
Menurut Zaidi, kenyataan Nik Abduh bahawa tindakan Nik Omar bertanding sebagai calon Parti Amanah Negara (Amanah) di DUN Chempaka sebagai melukakan hati ibu mereka, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian.
BACA: Adakah haruman Chempaka bakal berubah?
"Nik Abduh nampaknya cuba memancing Nik Omar untuk buat kenyataan balas, tetapi tindakan ini sebenarnya hanya akan terus melukakan hati ibu mereka," tambah Zaidi.
BACA: Ada apa dengan Nik Omar?
Tindakan Nik Omar itu menyebabkan timbul persepsi siapa paling layak meneruskan legasi politik bapa mereka.
Zaidi turut menjawab secara ringkas tindakan Nik Omar untuk tidak membuka mulut perihal perkara yang melibatkan keluarga ternama di negeri Serambi Mekah itu.
"Belum masa untuk Nik Omar buka mulut," kata Zaidi, sambil berkata Nik Omar turut merayu kepada pihak media untuk memberi masa dan ruang untuk beliau bertenang.
"Tunggu esok sahajalah, Nik Omar tak akan beri komen malam ini, beliau tak akan keruhkan suasana," tambah Zaidi.
Topic Berkaitan
#calon
#keluarga
#Malaysia Memilih
#Nik Abdul
#Nik Aziz Nik Mat
#Nik Omar
#Serambi Mekah
#Zaidi Ab Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan