awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikatan tidak akan bekerjasama dengan parti baharu Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2016
00:35 MYT
Ikatan tidak akan bekerjasama dengan parti baharu Tun Mahathir
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, berkata parti itu hanya bekerjasama dengan PAS.
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menolak sebarang kerjasama dengan parti baharu yang dirancang bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata parti itu akan hanya bekerjasama dengan PAS.
“Kami selesa dengan PAS buat masa ini tapi orang lain berhak tubuh parti politik dan berjuang cara mereka dan keutamaan mereka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya di sini pada Khamis.
Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau berhasrat menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Sementara itu dilaporkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat permohonan untuk mendaftarkan parti politik baharu dalam masa terdekat.
Dalam catatan di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata ia antara hasil mesyuarat yang diadakan di kediaman Tun Mahathir Mohamad pada Rabu malam.
Topic Berkaitan
#Abdul Kadir Sheikh Fadzir
#Dr Mahathir
#Parti Ikatan Bangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan