PUTRAJAYA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan pihak-pihak tertentu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, termasuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir secara peribadi berpendapat, soalan (kerjasama) itu perlu diajukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu.
Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, beliau tiada masalah mengenai kemungkinan kerjasama itu selagi mana mereka berpegang kepada prinsip yang sama, iaitu melawan UMNO dan Barisan Nasional.
“Soalan itu patutnya ditanya kepada dia (Anwar). Tanya dia jika dia mahu kerjasama dengan saya, tetapi (saya tahu) dia tak mahu kerjasama dengan saya. I’m a very nice man (saya ini orang yang baik),” kata Dr Mahathir secara berseloroh.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, sebagai langkah persiapan menghadapi PRU yang akan datang.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, GTA juga membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan mereka, iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.
“Siapa parti itu, saya tak boleh dedahkan lagi. Tetapi kita sanggup adakan kerjasama kalau mereka ingin selamatkan negara kita ini dari pemerintahan UMNO,” katanya lagi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga terbuka untuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), biarpun parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bertindak menyebabkan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.
“Kita akan timbangkan (kerjasama dengan Bersatu). We have to think who is the bigger traitor,” katanya ringkas.
Bercakap mengenai persiapan gabungan itu, Dr Mahathir berkata, GTA telah membuat ketetapan untuk menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air bagi calon-calon mereka, tetapi pengecualian diberikan kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Kelantan.
Beliau berkata, setakat ini pendaftaran GTA sebagai parti politik masih belum diluluskan dan jika sempat diluluskan sekalipun, mereka akan menghadapi sedikit kekangan untuk menyediakan bahan kempen yang sewajarnya.
GTA ketika ini mempunyai empat parti politik utama, iaitu Pejuang, Putra, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Selain itu, GTA juga mempunyai ahli-ahli terdiri daripada persatuan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik serta individu.
Firdaus Azil
Tue Oct 11 2022

Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menjawab soalan wartawan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Mahkamah tolak kebenaran merayu cabar permintaan bekas PM bubar Parlimen
Panel tiga hakim menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Syed Iskandar Syed Jaafar tanpa perintah mengenai kos.

PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.

Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara ditolak
Hakim memutuskan tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan kerana Najib bukan lagi Ahli Parlimen berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

PRU15: PH Terengganu sasar tawan empat kerusi Parlimen
Lokasi yang menjadi sasaran itu merupakan kawasan yang celik maklumat dengan ramai orang muda dan institusi pendidikan.

GTA tawar kepakaran NGO bantu tadbir negara
Penglibatan NGO dalam GTA bersifat menyeluruh dengan memberi peluang menyertai pilihan raya agar dapat bersama mentadbir negara.

PRU15: Tidak ada hitam putih, KDM bergerak solo - Peter Anthony
Ia susulan parti itu sehingga kini masih belum diterima oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRU15: UMNO yakin rampas semula kerusi Tasek Gelugor - Ismail Sabri
UMNO yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

PRU15: Pilih Bajet 2023, bukan manifesto 'bulan dan bintang' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata segala intipati di dalam Bajet 2023 yang dibentang di Parlimen adalah 'janji' yang akan dan mampu dilaksana dari segi kewangan, berbeza dengan manifesto.

PRU15: Parti Bangsa Malaysia Labuan mungkin beri kerjasama kepada BN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) Labuan tidak menolak kemungkinan memberi sokongan dan kerjasama kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Parti politik mula atur strategi menjelang pengumuman tarikh PRU15
Parti-parti politik dan gabungan telah mula mengatur strategi serta mengintai kerusi sasaran di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).