KETUA Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang ke-11 diadakan.

Beliau berkata tarikh itu telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika beliau mengadakan pertemuan dengan beliau pagi Khamis.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Penggal DUN Sarawak sekarang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini dan SPR akan memutuskan tarikh penamaan calon dan mengundi sebaik dimaklumkan mengenai pembubaran DUN itu.


Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem hari ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang ke-11 diadakan.  Beliau berkata tarikh itu telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama  (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika beliau mengadakan pertemuan dengan beliau pagi tadi.