EMPAT tahun lalu, pada tarikh ini, Tan Sri Adenan Satem telah tiada meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Ketua Menteri Sarawak kelima ini meninggal dunia, selepas beberapa bulan mengetuai Barisan Nasional (BN) meraih kecemerlangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 2016 dengan memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
“Saya berani katakan, beliau telah mempertaruhkan nyawanya. Hakikatnya pada waktu itu, beliau perlu berehat,” kata Dr Sim Kui Hian, Presiden SUPP yang juga pakar jantung yang sentiasa dekat dengan Allahyarham.
“Saya telah berterus terang dengan beliau bahawa kerja kuat ini boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, dan beliau memilih untuk berbakti kepada negeri,” katanya kepada penulis beberapa bulan lalu.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui, Tok Nan pernah pengsan sewaktu beliau berada di war-room PRN Sarawak.
Doktor peribadinya, Dr Cheong Yaw Liang ketika dihubung mengesahkan perkara itu.
Menurut Dr Cheong, episod Allahyarham tiba-tiba rebah itu antara beberapa insiden yang tidak didedahkan kepada orang ramai.
Allahyarham Tok Nan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan pada jam 1.24 petang (Jan 11) lima hari selepas beliau dimasukkan ke pusat kesihatan berkenaan untuk pemeriksaan.
Ketika di sana, beliau dikawal ketat dan tidak menerima tetamu.
Ironinya, antara dua tetamu yang sempat melawat Allahyarham ialah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang kemudian menjadi Ketua Menteri Sarawak dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan beliau.
TOK NAN PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT
Tok Nan juga rapat dengan rakyat Sarawak kerana pendekatannya yang begitu mesra.
Allahyarham tidak pernah jemu berjuang untuk rakyat dan berusaha memastikan anak Bumi Kenyalang hidup selesa.
Di bawah tampuk pemerintahannya, rakyat miskin dibela, tarif air dan elektrik direndahkan, tol dihapuskan serta penggunaan feri dicaj pada kadar yang rendah dan rata.
Pada masa sama, beliau mahu hak rakyat terhadap isu tanah dan hak adat Bumiputera diselesaikan manakala hak Sarawak di peringkat nasional, terutama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 diperjuangkan.
Dengan nnada seorang peguam, (profesion Allahyarham sebelum itu), menjadi pemimpin pertama yang lantang mengkritik Kerajaan Persekutuan kerana ketidakadilan dan penafian hak Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mendesak agar Petronas lebih berlaku adil, atau mereka yang bekerja di negeri ini di bawah syarikat itu dikenakan tindakan di bawah peraturan Imigresen yang menjadi hak eksklusif Sarawak.
Meski pun berkeras dan bertegas, Tok Nan begitu akrab dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam waktu singkat, beliau banyak menuntut projek pembangunan di Sarawak dan diluluskan antaranya Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Lazimnya, permintaan itu diumumkan dalam suasana yang harmoni dan lelucon. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Najib begitu terkesan sewaktu beliau telah tiada.
Sebagai wartawan, saya seperti rakyat Sarawak yang lain, “tewas rasa” tatkala mendengar perkhabaran pilu itu.
Saya berpeluang beberapa kali mewawancara beliau secara bersemuka. Ketika ditanya, kenapa memilih untuk menjadi Ketua Menteri, sedangkan umum mengetahui beliau pernah sakit tenat, beliau tanpa bertapis menjawab:
“Aku dah nak mati. Syukur tuhan beri peluang…nyuruh aku bantu rakyat. Bantu tingkat hidup rakyat.”
Mengenali Tok Nan, beliau seorang yang suka berterus terang dan tidak suka dibohongi. Beliau juga seorang yang tegas tetapi berjiwa lembut.
Allahyarham seorang pemaaf dan tidak berdendam.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Tok Nan, Datuk Wan Khalik Wan Mohamad menyifatkan Tok Nan bukan sekadar pemimpin negeri dan majikannya, bahkan seorang bapa yang menjadi kenangan sampai bila-bila.
Manakala ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, pemergiannya sebagai kehilangan pemimpin yang luar biasa dari segi kejujuran dan keikhlasan.
“Tidak pernah marah walaupun disanggah pandangannya dan sentiasa tersenyum," imbaunya.
Dr Juanda antara individu yang dirujuk Tok Nan sebelum menerima tawaran sebagai Ketua Menteri daripada Pehin Sri Tun Abdul Taib Mahmud. Dikenali sebagai “Rundingan Mekah”, Abdul Taib dan Adenan berunding ketika mereka berdua menunaikan umrah bersama.
Menurut Jamilah, Abdul Taib sebelum itu beberapa memujuk Adenan untuk menerima tawaran tersebut, namun beliau menolaknya. Malah, Jamilah mengakui beliau sendiri gagal memujuknya.
TOK NAN DIRINDUI ...
Yang pasti, Tok Nan dan auranya begitu dirindui.
Justeru itu, tidak hairanlah masih ramai yang mengunjungi pusaranya biarpun telah bertahun-tahun beliau pergi.
Masih terbayang-bayang akan laungan “Ooooo haaaa” ,” tuk jak jaku aku” dan gelak besarnya.
Dilahirkan pada 27 Januari 1944, Adenan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.
Sehingga kini, pemergian lulusan undang-undang dari Universiti of Adelaide di Australia Selatan ini kekal diingati, dirasai dan diratapi seluruh warga Bumi Kenyalang.
Al-Fatihah.
Rudi Affendi Khalik
Mon Jan 11 2021

Gambar terakhir Allahyarham Adenan bersama Dr Sim Kui Hian dan Dr Cheong Yaw Liang di Melbourne sebelum kembali ke tanah air pada penghujung Disember 2016. - Foto koleksi peribadi Dr Cheong Yaw Liang

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
![[EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo [EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610529653_abangjo.jpg)
[EKSKLUSIF] 'Saya team Tok Nan, terus bangunkan Sarawak kerana ini mandat rakyat' - Abang Jo
Hari ini, genap empat tahun Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.

Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.

Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.

Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.

GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963

Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.

Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.

PRK lagi, Anwar nak kerusi mana?
Rabu ini dijangka teka-teki mana satu kerusi parlimen yang akan ditandingi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai laluan awal untuk dilantik sebagai Perdana Menteri akan terjawab.