awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini Kabinet kalut" - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/12/2022
07:14 MYT
"Ini Kabinet kalut" - Hamzah
Kata Hamzah, Kabinet yang dibentuk itu tidak selari dengan apa yang sering diperkatakan sebelum ini, lebih-lebih lagi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Fail/BERNAMA
LARUT: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan barisan Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Kabinet kalut'.
Menurut Hamzah, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan dari PN dan Barisan Nasional (BN) yang turut menyatakan perkara yang sama.
Katanya, Kabinet yang dibentuk itu tidak selari dengan apa yang sering diperkatakan sebelum ini, lebih-lebih lagi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 


"Ini membuktikan bahawa dalam pilihan raya, segala apa yang mereka luahkan adalah sesuatu yang semata-mata untuk mencari undi sahaja. Tidak ada keikhlasan dan tidak ada langsung perasaan untuk membuktikan bahawa yang dikatakan itu adalah sesuatu yang akan ditunaikan.
"Maka sebab itu pelantikan ini membuktikan. Contohnya mereka yang dilantik daripada Barisan Nasional, ada ramai lagi yang sebelum ini dikatakan akan dilantik kerana telah memberikan kemenangan, saya dengar daripada Pakatan Harapan pun ada," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis kesyukuran Parlimen Larut di Tapak Bazar Ramadan Selama, pada Sabtu.
BACA: 'Kleptokrat' diangkat, Kabinet Anwar paling mengecewakan dalam sejarah - Muhyiddin

KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Menurutnya lagi, ketika berkempen Anwar bercakap mengenai rompakan, penjenayah sehingga membuat lagu mengenainya dan turut sama menyanyikannya. 
 
BN pula, katanya, di dalam kempen, mereka mengingatkan rakyat mengenai penipuan PH selama 22 bulan memerintah negara. 
 
Bagaimanapun, ujarnya, PN akan berbincang bagaimana mencari kaedah untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa mereka akan terus menentang segala kemungkaran. 
 
Pada PRU15, PN menang kerusi Parlimen Larut dan semua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Kabinet Perpaduan
#Hamzah Zainudin
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan