Skip to main content

Politik

'Ini kahwin kali ketiga' - Amirudin sindir kerjasama UMNO-Pas

amirudin shari
Amirudin kerjasama politik seperti itu bukanlah perkara baharu kerana sejarah membuktikan mereka pernah menjalinkan hubungan dan kemudian berpecah beberapa kali sebelum ini. - Gambar fail
Advertisement

AYER KEROH: PKR menyifatkan kerjasama politik yang diterajui Pas dan UMNO ketika ini bukanlah berasaskan kesatuan ummah yang tulen, sebaliknya sekadar perkahwinan politik bermusim demi merebut kuasa pentadbiran semata-mata.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama politik seperti itu bukanlah perkara baharu kerana sejarah membuktikan mereka pernah menjalinkan hubungan dan kemudian berpecah beberapa kali sebelum ini.

Sambil berseloroh menyindir rekod percantuman politik blok berkenaan, Amirudin mengingatkan bahawa gabungan yang dibina tanpa prinsip kukuh akhirnya sukar bertahan lama.

"Ada orang kata mungkin mereka bergabung kerana rukun bangsa atau kesatuan ummah. Tetapi saya curiga sebab kedua-duanya pernah kita berkawan, pernah kita berlawan, dan hanya duduk bergabung untuk merebut serta duduk di atas kuasa.

"Kedua-duanya pernah berkahwin. Tahun 70-an dah kahwin sekali, Muafakat Nasional kahwin kali kedua, ini kahwin kali ketiga... kalau cerai lagi kena cina buta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh pada Ahad.

Mengulas mengenai hala tuju parti, Menteri Besar Selangor itu menegaskan PKR kini berada di keluk dan tembok terakhir perjuangan reformasi untuk memecahkan naratif politik sempit yang sering dimainkan pihak lawan.

Jelas beliau, PKR komited membina sebuah negara bangsa yang adil kepada semua kaum berlandaskan pasak Perlembagaan Persekutuan yang memelihara kedudukan Islam dan hak orang Melayu.

"Pesaing kita tahu, jika tembok perkauman ini runtuh, iaitu tembok pertarungan yang selama ini menjadi asas parti mereka, PKR akan menerajui dan mengetuai perubahan ini sehingga 100 tahun dan kekal relevan.

"Kita tidak boleh membina negara ini hanya dengan kemarahan atau sekadar berkata 'tidak' kepada semua perkara tanpa menawarkan visi yang jelas," tegasnya.

Bagi memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti menyahut cabaran pembangkang, Naib Presiden PKR itu memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) akan melengkapkan pelan tindakan dalam tempoh dua minggu sebelum menggerakkan gerak gempur ke negeri-negeri utara termasuk Kedah dan Perlis

Must Watch Video

Advertisement