awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram Diva AA digodam sekali lagi!

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
01/05/2018
02:19 MYT
Instagram Diva AA digodam sekali lagi!
Kejadian Instagram digodam itu disahkan sendiri oleh Azwan yang akan bertanding dalam PRU14 ini bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.
Akaun Instagram selebriti sensasi yang turut menjadi calon pilihan raya, Azwan Ali, atau lebih popular dengan nama Diva AA, digodam sekali lagi!
Perkara itu disahkan sendiri oleh Azwan yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N19 Bukit Antarabangsa.
Menerusi kiriman Whatsapp kepada Astro AWANI pagi ini, dia bagaimanapun menyatakan, acara Santai Rakyat 1Malaysia Bersama Diva AA yang dijadual diadakan sekitar jam 5 hingga 7 petang ini akan berjalan seperti dirancang.
Program di Bukit Antarabangsa itu akan menyaksikan Azwan memberi rendang secara percuma kepada penduduk sekitar kawasan DUN tersebut.
Sebelum ini, akaun Instagram miliknya telah pernah digodam.
DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Azwan yang bakal berentap dengan abangnya sendiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PKR, Sharifah Haslizah Syed Ariffin (Pas), Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamarudin (PRM).
Topic Berkaitan
#Azwan Ali
#Bukit Antarabangsa
#calon
#Diva AA
#DUN
#godam
#Instagram
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#PRU14
#rendang
#rendang percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan