awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar akan dibincang dalam mesyuarat - Razali

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/01/2024
12:51 MYT
Isu 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar akan dibincang dalam mesyuarat - Razali
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris memaklumkan perkara itu kepada media sebelum mesyuarat bermula. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Isu membabitkan tindakan enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada Ahad malam.
Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris memaklumkan perkara itu kepada media sebelum mesyuarat bermula.
“Saya tidak tahu apa agenda mesyuarat malam ini.
“Tetapi isu penting ialah berkisar tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar,” katanya.
Beberapa pemimpin Bersatu antaranya Naib Presidennya Datuk Radzi Jidin; Ketua Armada Bersatu, Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah dilihat hadir.
Sehingga kini, enam ahli parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar.
Terbaharu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi mengikut jejak lima rakannya menyatakan sokongan kepada perdana menteri.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Razali menafikan khabar angin yang mendakwa Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan digantikan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli MPT.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#sokong Anwar
#ahli Parlimen
#Razali Idris
#mesyuarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan