awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Titah Adendum: Pemuda, Puteri UMNO desak jadi pembangkang bermaruah

Seth Akmal
Seth Akmal
22/12/2025
09:35 MYT
Isu Titah Adendum: Pemuda, Puteri UMNO desak jadi pembangkang bermaruah
Akmal memohon seluruh perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari ini bersatu membawa suara rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa Barisan Nasional (BN) agar menarik semula sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.
Desakan tersebut timbul susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi memaksa Kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum.
Dr Akmal berkata adalah lebih baik untuk UMNO menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina oleh golongan yang disifatkannya ‘puak-puak bebal.’
“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sajalah sokongan daripada Kerajaan ini...biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ini,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya hari ini.
Dalam masa sama, Akmal memohon seluruh perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari ini bersatu membawa suara rakyat.
“Saya minta semua perwakilan yang akan datang ke PAU tidak lama lagi, senada dan berani bawa suara rakyat dan akar umbi orang Melayu di bawah ini.
“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu. Jangan takut, jangan gentar,” katanya.
Akmal juga membidas Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, berhubung kenyataannya berkait Datuk Seri Najib Razak yang kekal menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.
“Nak pesan pada Yeo Bee Yin juga, jangan lupa alasan satu lagi untuk kamu meraikan bagi tahun ini adalah parti kamu ditolak secara total di Sabah,” katanya.
Pada masa sama, Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menzahirkan harapan agar kepimpinan parti mengambil tindakan susulan berhubung penolakan permohonan Najib Razak.
Beliau berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia melibatkan maruah serta kepercayaan ahli terhadap kepimpinan parti.
“Buat baik dianggap bodoh, beri budi dianggap lemah. Jadi apa lagi yang kita tunggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Amal menegaskan bahawa Puteri UMNO akan terus menyuarakan pandangan demi memastikan suara akar umbi tidak diketepikan dalam hal-hal berkaitan kepentingan parti.


Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Najib Razak
#Perhimpunan Agung UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan