SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menempelak tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.
Ia susulan Muhyiddin mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.
Razali berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu merupakan figura berprinsip, dihormati, berintegriti, benar dan berani serta pernah memegang beberapa jawatan penting di negara ini.
“Muhyiddin ialah bekas perdana menteri, mantan timbalan perdana menteri dan menteri besar serta beberapa portfolio menteri Kabinet.
“Kamu siapa Fahmi? Sekadar berani atas kuasa menteri setahun jagung.
“Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar! Jangan semberono menuduh ikut sedap mulut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Beliau mengulas respons Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang secara ringkas mengatakan ‘Muhyiddin sebar berita palsu’ menerusi hantaran di platform X pada Sabtu.
Razali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut menambah, kenyataan tegas dan berani dalam mempertahankan hukum serta agama Islam tidak akan sesekali dibiarkan begitu sahaja.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Fahmi sepatutnya dituduh dan bertanggungjawab tentang maklumat keputusan Lembaga Pengampunan terhadap mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang bocor serta disiarkan lebih awal oleh media Singapura.
Justeru, Razali dengan tegas mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu inkuiri atau tribunal dan memanggil Fahmi untuk menjawab tentang kebocoran rahsia negara.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 11 2024
Razali (kiri) menempelak tindakan Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu. - Fpto Sinar Harian
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
'Razali hanya tin kosong peliharaan Muhyiddin' - Razeef
PKR mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris hanya sebagai tin kosong yang dipelihara oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
'Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris
Razali menempelak tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.
Sokong PM: Tindakan empat MP Bersatu, jejas usaha ambil alih kerajaan - Razali
Bersatu akui tindakan empat Ahli Parlimen dari parti yang menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim mampu jejaskan usaha ambil alih kerajaan.
Fokus ahli politik jaga kebajikan rakyat, bukan berebut jawatan - Wan Saiful
Fokus ahli politik seharusnya menjaga kebajikan rakyat, bukannya berebut jawatan, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Saiful Wan Jan.