awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/01/2021
06:59 MYT
Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Kata Ahmad Jazlan, jawatan presiden diperolehi melalui pemilihan dan bukannya melalui lantikan. - Gambar ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
MACHANG:Jangan ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekeruhan termasuk mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur atau menolak beliau, tegas Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.
Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.
“Jangan ada pihak yang cuba menimbulkan kekeruhan di saat parti berdepan dengan sesuatu tugasan besar untuk jadi penyemak dan imbang kepada kerajaan hari ini.
“Kalau kita terus timbul pergolakan dengan memberi tekanan supaya Pesiden parti berundur belum sampai tempoh masa, bererti kita tidak hormati sistem demokrasi dalam parti,” katanya, di sini pada Khamis.
Katanya, jawatan presiden parti diperoleh melalui pemilihan dan bukannya melalui lantikan.
“Apabila sampai masa yang sesuai, dapatkan sokongan dari akar umbi dan tawar diri bertanding,” tambahnya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjelaskan, bukan sebab untuk pertahankan atas nama Zahid Hamidi, sebaliknya ia kerana nama institusi presiden.
Beliau dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan terdapat usaha dan gerakan ke arah mencabar presiden secara tersusun.
Sebelum ini terdapat kenyataan daripada sayap Pemuda di beberapa bahagian meminta Ahmad Zahid berundur.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa Yang mendakwa UMNO sudah berpecah kepada tiga kumpulan, Ahmad Jazlan mendakwa, perpecahan hanya berlaku dalam kalangan pemimpin yang mencetuskan polemik berpanjangan kerana akar umbi masih setia kepada parti dan institusi presiden.
BACA: Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Tarik Sokongan | Tindakan Ahmad Jazlan perlu dibincang dalam parti
Topic Berkaitan
#Tan Sri Annuar Musa
#GERAKAN
#Zahid Hamidi
#pemuda
#UMNO
#Ahmad Jazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan