awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biarkan agenda politik halang perpaduan rakyat - Halimah

Bernama
Bernama
09/04/2021
14:38 MYT
Jangan biarkan agenda politik halang perpaduan rakyat - Halimah
HALIMAH: Ahli politik mempunyai agenda dan cita-cita yang besar tapi jangan pula menjadi faktor kepada pecah-belahnya masyarakat. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Ahli politik dan parti politik tidak harus membiarkan cita-cita dan agenda mereka menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique.
"Ahli politik mempunyai agenda dan cita-cita yang besar tapi jangan pula menjadi faktor kepada pecah-belahnya masyarakat.
"Agenda dan cita-cita seseorang tidak seharusnya dibawa ke dalam masyarakat sehingga mengganggu proses perpaduan," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan kementeriannya, di sini hari ini.
Beliau berkata masyarakat di Malaysia secara amnya mempunyai semangat perpaduan dan ini dibuktikan dengan kemampuan mereka bekerja dan hidup dalam keadaan harmoni walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.
Mengulas majlis hari ini, Halimah berkata dua MoU yang ditandatangani adalah berlandaskan objektif utama iaitu Pembangunan Pelan Merakyatkan Perpaduan - Karib Aksesibiliti Majmuk Inklusiviti (KAMI) dan Pemerkasaan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India.
"Saya harap kedua-dua pelan ini dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor USM Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata kedua-dua pelan tersebut dijangkakan dapat mendokong tiga aspirasi utama perpaduan negara, iaitu membina rakyat yang patriotik dan demokratik, membentuk identiti nasional; dan memperkukuh ekosistem perpaduan.
"Pembangunan dan pemerkasaan pelan perpaduan yang diterajui oleh USM dengan sokongan ampuh daripada Kementerian Perpaduan Negara dijangkakan dapat memberikan sumbangan kepada dasar kerajaan dan pengimplementasian sistem penyampaian dengan jayanya," katanya.
Beliau sebelum itu mewakili USM menandatangani MoU tersebut manakala kementerian berkenaan diwakili Ketua Setiausahanya Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi dan majlis turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Datuk Dr Awang Adek Hussin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda politik
#perpaduan rakyat
#Menteri Perpaduan Negara
#halimah sadique
#ahli politik
#parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan