POLITICS
"Jangan jadi batu ronson" - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat sekiranya mengeluarkan perkataan yang dianggap 'unparlimentarian'. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi amaran kepada Ahli Parlimen agar tidak menjadi 'batu ronson' sehingga boleh menimbulkan kekecohan sepanjang persidangan.
Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengarahkan Ahli Parlimen keluar dari Dewan Rakyat sekiranya mengeluarkan perkataan yang dianggap 'unparlimentarian'.
Beliau dalam masa yang sama meminta agar menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.
"Semua jangan jadi batu ronson....
"Dengar betul-betul sekali lagi, tak kira belah ini (kerajaan) atau belah sini (pembangkang), kalau mengeluarkan unparlimentarian dan mentafsirkan perkataan itu, unparlimentarian atau tidak adalah saya.
"Jadi kalau saya dengar YB menggunakan perkataan unparliamentary, saya akan keluarkan daripada Dewan ini," katanya pada sesi perbahasan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Isnin.
Terdahulu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah bangkit selepas kedengaran Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim berkata "Kami tidak jadi kera lah, Hulu Langat."
Mohd Sany yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan bangun dan menggelarkan Awang Solahuddin sebagai 'beruk'.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami