awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan sambutan majlis keagamaan pentas berpolitik - Subramaniam

Bernama
Bernama
12/02/2017
03:17 MYT
Jangan jadikan sambutan majlis keagamaan pentas berpolitik - Subramaniam
Subramaniam berkata tindakan parti pembangkang yang seolah-olah memaksa orang ramai mendengar ceramah politik pada sambutan Thaipusam itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. - Gambar fail
Tindakan DAP mempergunakan majlis keagamaan seperti sambutan Thaipusam di Pulau Pinang beberapa hari lepas, perlu dikawal agar tidak berulang kerana ia suatu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata agama adalah sesuatu di luar bidang politik, dan parti politik tidak sepatutnya menggunakan perayaan keagamaan sebagai pentas untuk menyampaikan ceramah politik.
"Saya tidak kisah sekiranya mereka (parti pembangkang) memberi ceramah politik pada majlis ceramah politik.
"Namun, apabila mereka menggunakan majlis keagamaan untuk berpolitik, ia tidak betul kerana orang ramai datang ke majlis itu untuk menunaikan ibadat dan bukannya berpolitik," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Dr Subramaniam berkata demikian ketika hadir pada majlis sambutan perayaan Ponggal peringkat Parlimen Segamat di Taman Desa India dekat sini.
Beliau berkata tindakan parti pembangkang yang seolah-olah memaksa orang ramai mendengar ceramah politik pada sambutan Thaipusam itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Jika perkara ini terus dibiarkan, parti politik lain akan turut melakukan perkara yang sama dengan menggunakan majlis sambutan keagamaan untuk tujuan kepentingan politik masing-masing," katanya.
Sementara itu, beliau berkata perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat India di negara ini, adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama.
"Pada kali ini, kita buat sedikit perubahan pada sambutan Ponggal peringkat Parlimen Segamat dengan menjadikannya majlis perpaduan apabila semua penduduk Taman Desa India dan kawasan sekitar turut mengambil bahagian," katanya.
Beliau berkata pada sambutan kali ini juga, acara perarakan kebudayaan melawat lebih 40 buah rumah di Taman Desa India sebagai simbol kepada perpaduan masyarakat.
"Pada perayaan Ponggal hari ini, setiap rumah menyumbangkan sedikit beras dan ia mampu memupuk semangat bersama apabila semua orang terlibat dalam sambutan ini," katanya.-- Bernama
Topic Berkaitan
#DAP
#Ponggal
#subramaniam
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan