awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan TPM: 'Saya hanya diminta sedia draf MoA' - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/07/2022
06:20 MYT
Jawatan TPM: 'Saya hanya diminta sedia draf MoA' - Takiyuddin
Takiyuddin berkata dia hanya diminta menyediakan draf perjanjian Memorandum Perjanjian (MOA) berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri. - Gambar fail
KOTA BHARU: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata dia hanya diminta menyediakan draf perjanjian Memorandum Perjanjian (MoA) berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dibangkitkan baru-baru ini.
Ia selaras dengan permintaan oleh pihak-pihak yang didakwa menandatangani perjanjian itu iaitu antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kena tanya orang yang tandatangan, saya tidak tandatangan. Saya sebagai peguam, saya draf perjanjian itu mengikut apa yang dikehendaki oleh orang yang hendak tandatangan. Itu ialah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri.
“Saya percaya kedua-dua belah pihak ini sudah bincang barulah buat perjanjian. Saya ini kebetulan peguam. Saya atas permintaan, untuk personal favour (bantuan peribadi) saya pun draf. Saya tak terlibat dalam perjanjian. Namanya ialah Memorandum Perjanjian, MOA,” katanya di sini hari ini.
BACA: Jawatan TPM: Takiyuddin sahkan sedia draf perjanjian
BACA: Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin
Pada Isnin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sememangnya wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kuota Kabinet.
Menurutnya, selaku Pengerusi PN, beliau menandatangani perjanjian itu bersama-sama Perdana Menteri dan disaksikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Tan Sri Annuar Musa.
Malah, katanya, draf perjanjian itu digubal oleh Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas, membabitkan kekosongan jawatan menteri, pengerusi GLC serta Timbalan Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#jawatan TPM
#Takiyuddin Hassan
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan