awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa DAP N. Sembilan: Mesej besar perwakilan negeri - Anthony Loke

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/04/2021
10:44 MYT
Jawatankuasa DAP N. Sembilan: Mesej besar perwakilan negeri - Anthony Loke
Tegas Anthony, para perwakilan memberi kepercayaan penuh kepada jawatankuasa tersebut dalam mengukuhkan parti DAP. - Foto Astro AWANI
SEREMBAN: Barisan Jawatankuasa Pemilihan DAP Negeri Sembilan bagi penggal 2021 hingga 2024 disifatkan sebagai berpengalaman untuk mengemudi parti itu ke arah yang lebih baik.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengekalan muka-muka lama dalam jawatankuasa berkenaan mencerminkan mesej besar daripada perwakilan negeri itu.
Tegasnya, para perwakilan memberi kepercayaan penuh kepada jawatankuasa tersebut dalam mengukuhkan parti DAP.
Justeru, Ahli Parlimen Seremban itu menambah semua pihak perlu menghormati mandat yang telah diberikan oleh para perwakilan.
“Saya rasa mesej yang sangat jelas daripada perwakilan DAP dan perwakilan mahu melihat DAP Negeri Sembilan bersatu padu.
“Itu adalah mesej yang paling jelas kerana semua wakil rakyat dipilih masuk dalam jawatankuasa.
“Seperti yang saya tegaskan dalam ucapan pagi tadi, perpaduan dalam parti adalah asas yang sangat penting untuk kita berjaya. Kalau tidak bersatu padu kita tidak boleh lawan musuh kita. Tetapi hari ini mesej yang jelas mereka mahu pasukan yang ‘united unity’,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman 15 anggota Jawatankuasa Pemilihan negeri, di sini pada Ahad.
BACA: 15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Beliau dalam masa yang sama berkata, DAP Negeri Sembilan komited memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan di peringkat negeri.
Sebanyak empat lantikan tambahan akan dibuat Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan tersebut.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pemilihan DAP Negeri Sembilan
#Pengerusi DAP Negeri Sembilan
#Anthony Loke
#pemilihan DAP
#Negeri Sembilan
#Seremban
#DAP
#politik
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan