awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Pilihan Khas teliti Akta Pendanaan Politik akan diumum - Azalina

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/03/2023
05:15 MYT
Jawatankuasa Pilihan Khas teliti Akta Pendanaan Politik akan diumum - Azalina
Azalina memaklumkan kewujudan jawatankuasa berkenaan akan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merujuk Akta Pendanaan Politik kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kewujudan jawatankuasa berkenaan akan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.
Ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata perincian berhubung Akta Pendanaan Politik juga akan diperincikan secara bertulis.
"Berhubung Akta Pendanaan Politik, Yang Berhormat Kota Melaka saya akan jawab secara bertulis. Setakat ini saya jawab kita rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan seperti yang dibincangkan.
"Saya rasa Yang Dipertua akan membuat pengumuman berhubung kewujudan Jawatankuasa Pilihan, dan Akta Pendanaan Politik akan dirujuk kepada salah satu jawatankuasa tersebut," katanya ringkas menjawab celahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan komited dalam meneruskan rancangan mewujudkan Akta Pendanaan Politik bagi menambah baik landskap politik negara.
Perdana Menteri berkata, akta terbabit akan diwujudkan selepas pihak berkaitan meneliti perkara itu sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Akta Pendanaan Politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan