PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, proses pembentukan Kabinet kali ini bukan mudah kerana konsep Kerajaan Perpaduan itu melibatkan banyak parti politik di bawahnya.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, setakat ini, beliau masih dalam proses mendengar pandangan daripada semua pihak berkaitan dan akan memutuskannya sesegera mungkin.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi, proses itu mungkin berbeza dengan kerajaan terdahulu, yang tidak begitu memikirkan saiz Kabinet sehingga jumlahnya boleh jadi ramai.
“Seperti mana saya sebut, (proses wujudkan Kabinet) tidak seperti biasa, Kerajaan Perpaduan ini melibatkan banyak parti. Sebelum buat keputusan saya mesti mendengar semua pandangan dan kemudian masalahnya, kerana jumlah Kabinet (akan) diperkecilkan.
“Kalau (kerajaan) dulu dia masuk saja lah, 50, 60, atau 70 orang. Kalau tak cukup lagi jadikan sebagai Duta Khas, tak cukup lagi jadikan sebagai Penasihat Khas. Saya tak sanggup buat begitu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan mesyuarat PH, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, hari ini.
Ditanya mengenai pandangan bahawa mereka yang mempunyai kes mahkamah tidak wajar disertakan dalam Kabinet, Anwar berkata, beliau menghormati pandangan itu.
“Itu pandangan semua... kita ambil kira dalam perbincangan, tetapi seperti mana kita tahu, dari segi undang-undang, hanya setelah ada hukuman. Jadi yang lain itu, akan diberi pertimbangan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau mengambil maklum pandangan pihak tertentu termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh bahawa undi percaya tidak perlu dilakukan memandangkan beliau mempunyai majoriti melebihi dua pertiga daripada merangkumi pelbagai parti politik, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Namun, beliau berpendapat, keabsahan terhadap beliau selaku Perdana Menteri akan terus dilakukan pada 19 Disember ini, termasuk untuk mendapatkan kepercayaan dari sudut persepsi politik.
“Ya benar, Ram Karpal guna isu pentafsiran Perlembagaan kerana majoriti jelas, tetapi saya juga bincang tadi dan kita punya pandangan, bukan saja soal Perlembagaan tapi saya fikir keabsahan itu juga dari segi persepsi politik. Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 hb (Disember),” kata Anwar lagi
Firdaus Azil
Mon Nov 28 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, proses pembentukan Kabinet kali ini bukan mudah kerana konsep Kerajaan Perpaduan itu melibatkan banyak parti politik di bawahnya. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.

Rapid KL tambah 200 lagi kakitangan sokongan bantu kelancaran pergerakan penumpang
Antara stesen LRT terlibat ialah Masjid Jamek, Hang Tuah, Bandaraya, dan Plaza Rakyat.

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

Pengunjung Pantai Irama waspada ombak besar, angin kencang
Bendera berwarna merah turut dikibarkan sebagai tanda peringatan bahaya kepada pengunjung.

Landasan bengkok: DBKL arah projek berhampiran stesen LRT Bandaraya dihentikan
Ini susulan projek berkenaan dikhuatiri menyebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya sehingga mencetuskan gangguan kepada perkhidmatan tersebut.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Roslin Hashim sedia bantu Zii Jia
Roslin berkata, dia tiada sebarang halangan bagi membantu Zii Jia keluar daripada kemerosotan prestasi sejak kebelakangan ini.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Jadual padat menanti Anwar di Singapura
Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan kerja sehari ke Singapura pada Isnin.

Bajet 2023: Banyak berita baik untuk rakyat - PM Anwar
Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 24 Februari hadapan akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat.

Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM
Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu.

Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Beliau mendedahkan peranan beliau sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

PM Anwar zahir ucapan takziah kepada keluarga Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad.

Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura - Zambry
Zambry berkata, projek itu mustahak untuk dibincangkan kerana ia dijangka siap dalam tempoh lima ke enam bulan akan datang.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.