awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
02/03/2020
13:32 MYT
'Jemaah menteri dalam kalangan individu berintegriti, bebas rasuah' - PM
PM Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dalam kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
Jelasnya, beliau sedar rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.
“Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
“Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usahausaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik.
“Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan,” katanya dalam ucapan pertama kali yang disiarkan secara langsung pada Isnin malam.
Pada masa sama, beliau turut berjanji akan memastikan kerajaan yang prihatin dan ekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.
“Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.
BACA: Teks penuh ucapan Perdana Menteri: Rayuan kepada rakyat Malaysia
“Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya.
“Dengan pengalaman selama 6 tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara. Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#bebas rasuah
#integriti
#janji
#jemaah menteri
#MY2020
#Perdana Menteri
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan