awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/12/2021
09:16 MYT
'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie
Mohd Shafie menegaskan, Warisan tidak gentar untuk meletakkan calon daripada parti itu bertanding pada PRU-15. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Warisan tidak gentar untuk meletakkan calon daripada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Semenanjung Malaysia.
"Jika UMNO, PKR dan Pas boleh bertanding di Sabah, bertanding di Sarawak, takkanlah Warisan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya tak boleh bertanding di Semenanjung," kata Mohd Shafie.
Beliau menegaskan, Warisan juga bukan hanya terhad untuk orang Sabah semata-mata.
"Don't get it wrong yang Warisan hanya untuk orang Sabah. No, it has never been. Ia terbuka kepada pelbagai bangsa, keadaan ini membolehkan supaya ia dibuka kepada semua bangsa di Semenanjung.
"Dalam Perlembagaan parti itu jelas, tidak ada sekatan kepada mana-mana bangsa. Jadi saya tidak bimbang." katanya pada sidang media di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada gabungan Warisan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) adalah untuk menarik sokongan pelbagai kaum di Semenanjung memandangkan Warisan sinonim dengan penduduk Sabah.
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut menyatakan pendirian bahawa kerjasama antara parti itu dengan Muda tetap diteruskan bagi memantapkan lagi jentera PRU15.
Namun demikian katanya, Warisan tidak mengamalkan dasar tutup pintu.
Sebaliknya, beliau terbuka menerima mana-mana parti lain untuk bergabung pada PRU-15.
Beliau memberitahu, pihaknya juga akan memastikan kerjasama berdasarkan prinsip dan landasan yang sama tanpa kompromi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Semporna itu memaklumkan, Warisan masih belum menyenaraikan calon yang akan menerajui parti itu di peringkat negeri di Semenanjung.
Mohd Shafie menubuhkan Warisan selepas keluar dari UMNO susulan pemecatannya daripada naggota Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015.
Topic Berkaitan
#Parti Warisan Sabah
#Mohd Shafie Apdal
#PRU15
#muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan