awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet baharu: Pikul tanggungjawab berat demi rakyat - Abang Johari

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
27/08/2021
11:48 MYT
Kabinet baharu: Pikul tanggungjawab berat demi rakyat - Abang Johari
Abang Johari berkata, persefahaman dan perpaduan dalam kementerian boleh dibentuk melalui penghayatan kepada pendekatan Keluarga Malaysia. - Foto fail Bernama
KUCHING: Pelantikan sepuluh orang Ahli Parlimen Sarawak dalam barisan kabinet merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama-sama.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, persefahaman dan perpaduan dalam kementerian boleh dibentuk melalui penghayatan kepada pendekatan ‘Keluarga Malaysia’.
Katanya, Kerajaan Pusat dan negeri juga akan lebih fokus kepada masalah rakyat khasnya dalam menangani Pandemik COVID-19.
"Apa yang perlu mereka (Menteri) akan menggalas tanggungjawab dan amanah untuk sama-sama bekerja dengan Perdana Menteri dengan satu pendekatan iaitu ‘Keluarga Malaysia’ dan yang pertamanya untuk kita beri tumpuan kepada masalah COVID-19,” katanya selepas kunjungan hormat kepada bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di kediamannya di Kuching pada Jumaat.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut percaya kestabilan pentadbiran kerajaan kini diharapkan dapat memberi laluan yang lebih mudah untuk menyelesaikan beberapa isu kritikal dalam negara.
"Daripada itu kita harap dengan kestabilan Kerajaan Persekutuan sekarang, kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi negara termasuk untuk kita memulihkan ekonomi, jadi bagi pihak rakyat Sarawak... kita akan memainkan peranan kita,” jelasnya.
Sementara itu, Abang Jo turut mengucapkan kata penghargaan buat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas kepercayaan yang diberikan kepada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pelantikan Ahli Parlimen Santubong itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Untuk makluman, lapan daripada sepuluh orang Ahli Parlimen Sarawak yang memegang jawatan Menteri dipilih daripada GPS dan dua Ahli Parlimen masing-masing Datuk Willie Mongin dan Datuk Ali Biju daripada Parti Pribumi Malaysia (BERSATU).
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia2021
#Abang Johari Tun Openg
#Kami Mohon
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan