awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet 'kitar semula' - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2021
11:00 MYT
Kabinet 'kitar semula' - Anwar
Anwar menjelaskan, rakyat melihat senarai Kabinet yang diumumkan itu hanyalah 'kitar semula' hingga ia dijadikan bahan sindiran di media sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghampakan rakyat kerana masih membariskan menteri dan timbalan menteri yang sering dikritik dan dianggap gagal sebelum ini.
Anwar menjelaskan, rakyat melihat senarai Kabinet yang diumumkan itu hanyalah 'kitar semula' hingga ia dijadikan bahan sindiran di media sosial.
"Tentunya reaksi spontan dalam kalangan rakyat, pengumuman itu mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial. Secara gurauan, mereka menyebut Kabinet baharu dan Kabinet lama tetapi macam almari yang tiada perubahan.
“Negara menghadapi krisis akibat COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan. Tetapi, langkah yang diambil itu hanya kitar semula, menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini dengan berkesan,” katanya dalam satu video ringkas di sini pada Jumaat.
Kabinet kitar semula mengecewakan - Anwar Ibrahim
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ini kabinet baharu Ismail Sabri Beliau turut meluahkan kebimbangannya apabila lantikan yang didakwa tidak membawa sebarang perubahan itu akan terus menyebabkan Malaysia kehilangan pelabur yang berpotensi menambah pendapatan negara. Beliau juga menjelaskan, pembangkang lantang mengkritik sekiranya tidak ada program pelaksaanaan yang lebih mantap dan berkesan dalam mengatasi masalah COVID-19 dan eknomi. “Perdana Menteri memberikan tempoh 100 hari untuk menteri-menteri tunjukkan prestasi. Satu tahun setengah yang lalu tidak ada kemajuan yang membanggakan. “Kami sebagai pembangkang akan tetap secara lantang memantau dan menyuarakan dan membantah sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan untuk menangani masalah COVID-19 dan membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat. “Tetapi apa yang saya kira dengan nyata, lantikan itu tidak mampu menyuntik semangat baharu dan keyakinan pelabur dalam dan luar negara,” katanya.
Semua kementerian perlu buktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia 2021
#Keluarga Malaysia
#Kami Mohon
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan