KOTA KINABALU: Dua pelantikan portfolio menteri baharu termasuk Timbalan Ketua Menteri, didakwa tidak mewakili UMNO dan tidak diiktiraf oleh UMNO Sabah.
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut dilihat membelakangkan parti dan mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing tanpa memikirkan masa depan parti secara menyeluruh.
"Pelantikan Kabinet baharu melibatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO ini tidak mewakili parti, dan kita tidak membuat sebarang pengiktirafan berkenaannya.
"Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor juga tidak boleh mengatakan atau mengiktiraf mereka ini mewakili UMNO dalam barisan Kabinetnya," katanya dalam satu kenyataan berhubung pembentukan dan pembaharuan Kabinet Sabah baharu, hari ini.
Terdahulu, Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat) dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu, manakala Datuk James Ratib (Sugut) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Kedua-dua mereka termasuk tiga lagi ADUN UMNO lain sebelum ini tidak menyertai gerakan Pengerusi BN Sabah untuk menarik sokongan Ketua Menteri dan menyokong Hajiji.
Sementara itu, Bung Moktar berkata, pihaknya sedang membawa perkara berkenaan kepada Lembaga Disiplin Parti kerana membelakangkan keputusan UMNO atau BN Sabah.
"Kita akan berbincang dengan Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk mengambil sebarang tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa dengan adanya Kabinet baharu itu, Ketua Menteri sekaligus memperlihatkan sikap membelakangkan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan.
"Ketua Menteri nampaknya membelakangkan pandangan Perdana Menteri untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, perlu diingat pembentukan kerajaan pusat, BN merupakan penyumbang kepada Kerajaan Perpaduan.
"Saya juga berharap Ketua Menteri bersikap adil dengan rakan-rakan dalam Kabinet tanpa melibatkan campur tangan secara langsung dalam pentadbiran kementerian masing masing.
"Jangan hanya mengaut keuntungan dan rakyat diabaikan, buatlah perubahan untuk rakyat dan negeri Sabah," katanya.
Bung Moktar yang juga ADUN Lamag menambah UMNO Sabah bersedia menjadi pembangkang dan akan memainkan peranan secara berkesan.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jan 11 2023

BUNG MOKTAR: Saya harap Ketua Menteri bersikap adil dengan rakan-rakan dalam kabinet tanpa melibatkan campur tangan secara langsung dalam pentadbiran kementerian masing masing. - Gambar fail

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengurusan kes Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan 22 Mei
Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Bung Moktar dan isteri Zizie Izette terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

Shahelmey terima keputusan digantung keahlian UMNO dengan lapang dada
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya menerima pengumuman yang mendakwa beliau telah digantung keahlian UMNO dengan lapang dada.

Pemimpin tinggalkan UMNO tiada integriti, pentingkan diri - Bung Moktar
Pemimpin tinggalkan UMNO tiada integriti, pentingkan diri - Bung Moktar

'Jangan potong peruntukan Ahli Parlimen' - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukan berkenaan amat penting bagi menyokong usaha kerajaan memerangi kemiskinan menerusi kerjasama Ahli Parlimen.

"Yusof, James memang suka lompat parti" - Bung Moktar gesa SPRM siasat ADUN Sabah
Sabah terkenal dengan wakil rakyatnya yang suka lompat parti, kata Bung Moktar.

ADUN di Sabah memang suka lompat parti untuk dapatkan kuasa - Bung Moktar
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan ADUN di Sabah sememangnya suka melompat parti bagi mendapatkan kuasa atau kedudukan.

Rasuah: Bung Moktar, isteri beri keterangan bermula 15 Jun
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen pada 15 Jun.

Hajiji belum ambil tindakan terhadap 4 pembantu menteri BN dalam Kabinet negeri
Hajiji memerlukan sedikit masa untuk mencari langkah terbaik dalam usaha mentadbir Negeri Di Bawah Bayu itu.

Politik Sabah: Pergolakan belum selesai - Bung Moktar
Beliau percaya sebarang kemelut akan dapat dinoktah kerana UMNO memiliki kepakaran dalam menyelesaikan krisis politik.