KUALA LUMPUR: Kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga menyebabkan kurangnya wakil MCA di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), memberi peluang untuk parti itu kembali kepada hala tuju dan matlamat asalnya, iaitu membangunkan Malaysia untuk semua.
Ketua Pemuda MCA Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata berikutan kekalahan itu, MCA yang telah bermuhasabah diri akan terus memainkan peranannya dalam memperjuangkan keadilan sosial, keharmonian kaum dan pembangunan negara.
"Kami ingin memberitahu rakyat terutamanya masyarakat Cina, bahawa kami telah mendengar mesej mereka semasa PRU14 pada 9 Mei 2018 dan kami telah muhasabah diri," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 yang dirasmikan Timbalan Presiden Datuk Dr Mah Hong Soon dan berlangsung secara hibrid menggabungkan kehadiran fizikal di Wisma MCA di sini serta secara maya.
Pada PRU14, MCA hanya memenangi satu daripada 39 kerusi Parlimen dan dua daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi, sekali gus merekodkan kekalahan paling teruk dalam sejarah penubuhannya.
Wong, wanita pertama menggalas amanah Ketua Pemuda MCA itu berkata kekalahan pada PRU14 bukanlah alasan untuk parti menyerah kalah dan percaya MCA yang kini menginjak usia 72 tahun mempunyai harapan untuk memenangi semula hati rakyat.
"Kita semua harus bekerja keras, belajar daripada kesilapan, berani mendekati rakyat, merapatkan jurang antara kita dengan rakyat, mendengar suara rakyat dan prihatin kepada hal ehwal masyarakat serta membantu mereka menyelesaikan masalah," katanya.
Mengenai pelaksanaan Undi 18 yang memberi hak kepada anak muda berusia 18 tahun memilih kerajaan, Wong berkata langkah proaktif harus diambil Pemuda dengan memastikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar.
Katanya, menerusi pelaksanaan Undi 18, ia dijangka membabitkan 7.8 juta pengundi baharu di Malaysia.
Sementara itu, Mah ketika merasmikan perhimpunan berkenaan berkata pelaksanaan Undi 18 memberikan peluang, ruang dan suara kepada golongan muda untuk bersama-sama berganding bahu mencorak demokrasi negara melalui pilihan raya.
Persidangan itu dihadiri 322 perwakilan daripada 186 bahagian seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021

Ketua Pemuda MCA Datuk Nicole Wong Siaw Ting (berdiri) berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 di Wisma MCA hari ini. - Foto BERNAMA

"Mahathir pernah berhasrat pecat Yeo Bee Yin" - Lim Kit Siang
Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang.

Masjid di Gombak mohon maaf laung azan Maghrib terawal tiga minit, puasa terbatal
Kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Perubahan iklim gesa kepada transformasi perniagaan bagi bank - Moody's
Peralihan karbon dan risiko iklim fizikal akan mengubah analisis kos-faedah pinjaman dan pilihan pelaburan bank.

2020 antara tahun paling panas direkodkan - WMO
Cuaca melampau atau ekstrem yang digabungkan dengan pandemik COVID-19 memberi tamparan berganda kepada penduduk global.

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.

Wanita warga emas HK berputih mata, simpanan RM132 juta dilesap sindiket
Warga tua di Hong Kong, terutamanya yang kaya, sering menjadi sasaran penipuan menerusi panggilan telefon.

Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC
Polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah itu.

MIB perlu bersifat kontemporari dan lebih tersasar
Pelaksanaan MIB kali ini diharap akan memberi tumpuan terhadap usaha- usaha pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar berbanding sebelumnya.

K'jaan pertimbang wujudkan peraturan dan badan kawal selia p-hailing
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sudah tiba masanya perkara itu diwujudkan dalam usaha membela kebajikan mereka yang menjadikan bidang tersebut sebagai kerjaya.

MCA 'kunci mulut' soal agihan kerusi PRU15
MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Beza pandangan dalam BN tidak akan pecah belah parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob mengakui wujud perbezaan pandangan dalam kalangan parti-parti komponen BN, namun beliau yakin perbezaan itu tidak akan memecah belahkan gabungan berkenaan.

Presiden MIC cabar Puad soal Zahid berhubung isu surat sokongan Anwar jadi PM
Tegasnya, Puad seharusnya mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab persoalan berkenaan, sebelum menegur MIC berhubung kerjasama politik dengan pihak lain.

Zahid tidak sesuai jadi Perdana Menteri selepas PRU15 - Tajuddin
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh mencadangkan calon lain untuk menjadi Perdana Menteri seandainya UMNO membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini batal
Difahamkan, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran terlebih awal membatalkan kehadirannya kerana tidak sihat.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir - Sumber
Mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan, selepas ada parti dilapor tidak dapat hadir.

Tun M tidak tolak kemungkinan UMNO boleh jalin kerjasama dengan DAP
Jelas bekas Perdana Menteri itu, MCA yang kini bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional juga pernah dilihat melampau sebelum ini.

BN perlu bersedia hadapi PRU15 sebagai pembangkang - Saravanan
Saravanan berkata, parti politik di negara ini perlu mendengar aspirasi rakyat dan bukan hanya aspirasi akar umbi sesuatu parti.

UMNO perlu belajar hormat rakan komponen
Kepimpinan tertinggi UMNO diingatkan supaya berhenti menggunakan taktik 'baling batu, sembunyi tangan'.