SHAH ALAM: UMNO Bahagian Kota Raja enggan mengulas mengenai khabar angin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari berkata, soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.
Malah, katanya, perbincangan mengenai sebarang bentuk kerjasama juga dibuat antara kepimpinan tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.
"Setakat ini, kalau dilihat daripada keputusan ketiga-tiga DUN (di Parlimen) Kota Raja (pada pilihan raya lalu), merit kepada PH, jadi saya tidak dapat ulas sebab keputusan dibuat di peringkat tertinggi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum ini timbul desas-desus mengaitkan ada usaha membawa Tengku Zafrul bertanding salah satu DUN di Parlimen Kota Raja pada PRN Selangor.
Kamaruzzaman yang juga Setiausaha UMNO Selangor berkata, pelantikan Tengku Zafrul sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kota Raja dilakukan bagi memperkuat dan menyumbang bakti kepada bahagian berkenaan.
"Tengku Zafrul sebelum ini, sudah menjadi ahli UMNO sejak sekian lama, tetapi tidak aktif dan kemudiannya beliau bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).
"Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri MITI dan kami (UMNO Bahagian Kota Raja) merasakan beliau boleh bekerja dan membantu parti terutama UMNO bahagian ini," jelasnya.
Pada PRU15 lalu, Tengku Zafrul menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Selangor, bagaimanapun tewas dalam pertembungan sengit dengan penyandangnya dari Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 31 2023

Datuk Kamaruzzaman Johari (kiri) enggan mengulas mengenai khabar angin Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Raja pada Pilihan Raya Negeri Selangor. - Gambar SINAR HARIAN

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Kerajaan tubuh Majlis Madani untuk terjemahkan konsep - Ahmad Zahid
Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan Madani melibatkan semua pihak di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.

Hadir ke parlimen untuk nyatakan pandangan, jangan ponteng - Anis Yusal
Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (UM LEAD) Universiti Malaya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menggesa pihak tertentu menggunakan platform yang sesuai untuk menyatakan pandangan mereka mengenai dasar kerajaan seperti Parlimen, namun terdapat ahli yang dipilih tidak menggunakan platform ini dengan berkesan.

MITI berjaya raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan
Ini terutamanya membabitkan sektor teknologi mampan dan hijau seperti penyimpanan tangkapan karbon, tenaga hidrogen serta kenderaan elektrik.

Shamsul Anuar Nasarah dahului, Tengku Zafrul tersenarai MKT UMNO
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengutip 131 undi.

Malaysia akan permudahkan jalankan perniagaan untuk tarik pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus memperkemas proses dan memantau serta menjejaki proses pelaburan ini dengan teliti dan dalam masa sebenar.

Malaysia mempunyai komitmen kukuh terhadap ASEAN, China - Tengku Zafrul
Malaysia melihat komitmennya kepada Asean sebagai kepentingan strategik dalam penglibatannya dengan negara-negara Asean lain dan China.

Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, sektor perkhidmatan mendominasi jumlah pelaburan diluluskan tahun lepas dengan mencatatkan 3,581 projek bernilai RM154 bilion atau 58 peratus dari jumlah keseluruhan.

Pelaburan Tesla, AWS dijangka bawa limpahan ekonomi, wujudkan pekerjaan berkualiti tinggi
Pelaburan dua syarikat utama, Tesla dan Amazon Web Services (AWS) dijangka membawa limpahan ekonomi kepada negara sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

TESLA buka ibu pejabat, pusat pengalaman, pusat servis di Malaysia
Kehadiran TESLA di Malaysia dijangka mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV.

MITI, Proton, Perodua bincang percepat pengeluaran kereta EV nasional, mampu milik
MITI sedang berbincang dengan Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik nasional dan menawarkan pilihan kenderaan elektrik (EV) mampu milik.

Pelaburan ekosistem EV diluluskan RM14.7 bilion sehingga September 2022 - Tengku Zafrul
Sejumlah RM14.7 bilion pelaburan dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) telah diluluskan sejak 2018 sehingga September 2022.

Jana Wibawa: Tengku Zafrul sudah beri keterangan kepada SPRM
Tengku Zafrul sahkan sudah memberi keterangan kepada SPRM berhubung Jana Wibawa pada petang Isnin.