PUCHONG: Dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan dakwaan bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicalonkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Perkara itu dizahirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
"Saya tidak tahu, (Adakah ia dibincangkan dalam mesyuarat MPT) kami tidak tahu.
"Kalau tahu nanti kami beritahu," kata Abdul Latiff pada sidang media sempena sambutan Hari ASEAN ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Isnin.
Perkara sama turut diberitahu Saifuddin ketika ditanya mengenai laporan media bahawa Mohamed Azmin adalah calon tunggal gabungan itu untuk jawatan TPM.
"Jawapan saya sama sebab dalam Kabinet kami duduk sebelah- menyebelah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Bersatu menuntut kerusi TPM daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mencalonkan nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin bagi jawatan itu.
Laporan memetik sumber itu berkata Mohamed Azmin merupakan calon tunggal yang dikemukakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengisi jawatan berkenaan seperti mana perjanjian.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Aug 08 2022
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali calon TPM dari Bersatu. - Gambar SINAR HARIAN
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Disebut-sebut calon TPM dari Bersatu, ini jawapan Azmin Ali...
Bersatu dan PN komited untuk memperkukuhkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob, kata Azmin Ali.
'Kami tidak tahu Azmin calon TPM' - MPT Bersatu
Abdul Latiff Ahmad dan Saifuddin Abdullah tiada sebarang maklumat mengenai dakwaan Azmin Ali calon TPM dari Bersatu.