KUALA LUMPUR: Keadilan Sarawak kekal menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri Malaysia dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mendapatkan mandat rakyat.
Ini selepas terdapat kenyataan pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kepimpinan Presiden PKR itu sebagai Pengerusi PH secara terbuka di media.
Menerusi kenyataan Ketua Penerangan Keadilan Sarawak Abun Sui Anyit, Keadilan Sarawak sentiasa berpandangan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai antara pemimpin terbaik di Malaysia malah terkenal di seluruh dunia.
Namun, bakat kepimpinan beliau belum lagi diuji sepenuhnya kerana tidak diberi mandat meneraju pemerintahan sebagai Perdana Menteri.
‘’Keadilan Sarawak berharap agar semua rakan dalam kepimpinan PH sentiasa menjaga nama baik dan menghormati Majlis Presiden PH.
‘’Ini termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum atau media baik secara organisasi atau individu yang boleh mengelirukan penyokong dan rakyat sekali gus menjejaskan nama baik PH di mata rakyat terutamanya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi,’’ katanya.
Selain itu, Keadilan Sarawak menyeru agar semua anggota di seluruh Sarawak untuk terus mengukuhkan parti di peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 dan PRU15 akan datang.