SEREMBAN: Kerajaan disaran supaya menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pemimpin baharu.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa, insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menunjukkan Datuk Seri Tiong King Sing tidak layak berkhidmat sebagai menteri berkenaan.
"Kalau nak rehatkan beliau (Tiong King Sing) sehingga proses siasatan selesai tak perlulah, ganti terus dengan yang boleh membantu membangunkan industri pelancongan tempatan.
"Itu lebih utama, bukannya beri fokus kepada satu perkara, kononnya ada visa pelancongan tetapi berselindung di sebalik visa itu untuk datang bekerja ke negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas Pas Port Dickson di sini pada Ahad.
BACA: Kecoh di KLIA: Kronologi dari hari pertama kes mula tular
Mas Emeryanti yang pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2015 sehingga 2018 turut memberitahu yang beliau berasa malu dengan insiden itu.
Ujarnya, seorang menteri tidak sepatutnya masuk campur soal yang bukan berkaitan dengan kementeriannya.
"Walaupun beliau ada pas VIP pun, itu bukan urusan untuk mencampuri kementerian lain di KLIA dan jika ada kepincangan ikut saluran yang betul.
"Beliau bukan saja mencampuri, malah menjatuhkan air muka pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dengan perkataan 'you are the culprit' dan membuat tuduhan menerima suapan RM3,000 di khalayak ramai," katanya.
Tambahnya, seorang menteri juga perlu ada budi bahasa yang baik.
Ujarnya, berdasarkan pengalamannya di bawah kementerian itu, jika ada maklumat kes-kes tertentu ia akan diselesaikan secara kolaborasi dengan agensi berkaitan.
"Kita beri maklumat dan biar tindakan dibuat oleh JIM bukannya tindakan melulu dibuat menteri.
"Kalau penjawat awam pun kita tak hormat, bagaimana rakyat nak hormat kita," katanya.
Sebelum ini media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan pihak imigresen.
Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.
Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.
Bagaimanapun King Sing dalam kenyataan medianya pada Sabtu mengakui terbabit dalam insiden itu malah menyifatkan tindakannya bagi membongkar 'peristiwa' memalukan.
Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 03 2023
Mas Emeryanti yang pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2015 sehingga 2018 turut memberitahu yang beliau berasa malu dengan insiden itu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Angka korban meningkat kepada 21 kanak-kanak
Dalam insiden yang berlaku pada Khamis malam, pihak berkuasa memaklumkan beberapa kanak-kanak melecur sehingga tidak dapat dikenali.
Lebih 10 penduduk maut di Vietnam
Sembilan penduduk maut manakala 186 cedera susulan Taufan Yagi yang melanda utara Vietnam sejak petang Sabtu.
Polis tumpas sindiket didalangi penjawat awam, rampas RM2 juta dadah
Kesemua suspek berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan oleh JSJN Bukit Aman pada 5 dan 6 Sept lepas.
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan hari ini.
Tumpuan Isnin 9 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan enam warga China
Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pengemis jalanan OKU dengan penahanan enam warga China dalam Op Serkap di Johor Bahru, Khamis lepas.
Penjawat awam dipercayai dalang edar dadah antara 10 ditahan
Seorang penjawat awam adalah antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki menjadi dalang pengedaran dadah yang melibatkan dalang rampasan lebih RM2 juta dalam dua operasi berasingan, baru-baru ini.
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.
Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024, atasi Lubnan 1-0
Pasukan bola sepak negara menghadirkan kegembiraan apabila menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kecoh di KLIA: 'Tukar Menteri MOTAC' - Mas Ermieyati
Kerajaan disaran supaya menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pemimpin baharu.