Skip to main content

Politik

Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan pagi ini

Foto: Sinar Harian
Pengamal media sudah berkampung di pekarangan kediaman Muhyiddin seawal jam 9 pagi. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, di sini, menjadi tumpuan hari ini apabila beberapa pemimpin tertinggi parti dilihat mula mengunjunginya pagi ini.

Antara yang terawal tiba ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang hadir kira-kira jam 9.40 pagi.

Advertisement

Kehadiran barisan pimpinan kanan itu dipercayai bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipanggil oleh presiden parti di kediamannya.

Menurut sumber, mesyuarat khas berkenaan dijadual menghimpunkan kepimpinan tertinggi Bersatu bagi membincangkan perkembangan semasa serta hala tuju parti dalam landskap politik negara.

Image
Foto: Astro AWANI
Jalan masuk menuju kediaman Muhyiddin. - Foto Astro AWANI

Semalam, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mohamed Azmin memaklumkan keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin parti selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

Turut dipecat ialah Ahli MPT Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah serta Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin, berkuat kuasa semalam.

Must Watch Video